Tip Fesyen Yang Membolehkan Kamu Tidur Lebih Lama Di Waktu Pagi - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tip Fesyen Yang Membolehkan Kamu Tidur Lebih Lama Di Waktu Pagi

Ada antara kamu yang bangun terlalu awal kerana perlu bersiap lama? Kini kamu boleh ‘curi-curi’ tidur lebih lama di waktu pagi. *Snooze*

1. Sangkut pakaian yang ingin kamu pakai.

Lakukan ini setiap malam sebelum tidur, dan ia akan menjimatkan kamu banyak masa di waktu pagi untuk bersiap. Tip ini cukup berguna jika kamu suka untuk layering.

2. Mempunyai satu beg untuk weekdays, dan satu beg untuk weekend.

Pilih beg dalam tona neutral yang memudahkan kamu untuk suai padan dengan pakaian kerja nanti.

3. Construct a work uniform.

Cari formula fesyen yang membuatkan kamu berasa paling selesa agar kamu boleh gayakannya setiap hari – tetapi berbeza.

4. Elakkan membeli pakaian berfabrik mudah kedut.

Elak beli pakaian yang mempunyai label ‘dry cleaning only’, mungkin ia tampak cantik di kedai, tapi itu kerana mereka mempunyai steam iron on standby. 

5. Susun pakaian dalam almari dengan kemas.

Lebih elok jika kamu menyusunnya mengikut jenis, agar mudah untuk mencapai apa yang kamu mahukan di waktu pagi.

6. Simpan barangan keperluanmu menggunakan compartment pouches.

Jika kamu jenis yang kerap menukar-nukar beg harian, Cosmo cadangkan kamu menyimpan barangan penting seperti wang, kad dan kunci dalam beg kecil seperti compartment pouches.

7. Jangan sangkut baju kotormu kembali di dalam almari.

Selain ia hanya akan menyakitkan hatimu untuk menukar kembali bajumu apabila bersiap nanti, it is seriously gross too!

8. Seterika baju.

Lakukan ini pada hujung minggu, ia akan membantumu untuk jimatkan masa kamu untuk bersiap di waktu pagi nanti sebelum ke pejabat.

9. Gunakan produk kecantikan yang boleh multi-task.

Siapa perlukan serum, krim pelembap, toner dan SPF jika kamu boleh dapati segala-galanya dalam satu botol krim saja? BB Cream semestinya jadi penyelamatmu.

 

Foto: INGimage.com/Artikel asal: Jess Edwards

 

 

Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva