Tip Dekor Mudah Untuk Aidilfitri - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tip Dekor Mudah Untuk Aidilfitri

Tak perlu tukar perabot untuk dapatkan wajah baru bagi kediaman. Peroleh idea segar lagi menarik sempena Aidilfitri yang bakal tiba.

49039904_m

 

1. Be bold. Cuba aplikasikan teknik gila-gila dalam perhiasan. Kamu tak perlu pun ikut peraturan memadankan warna dan corak sama untuk semua benda. Ini kerana…tak wujud pun peraturan itu!

 

2. Suasana selesa. Jika mahu berseronok dengan warna, mulakan dengan backdrop cerah dan tenang. Tambahkan warna terang kepada langsir, kusyen, sarung sofa atau bingkai gambar – ia mudah dan tak mahal untuk diubah.

 

3. Tingkap kontemporari. Tak ramai yang suka menukar langsir kerana menganggap ia sukar. Hiasan tingkap bukan sekadar untuk mengawal pencahayaan dan mengekalkan privasi, malah ia mampu menjadi elemen penting untuk mencantikkan ruang. Nak mudah? Tukar langsir tebal kepada yang baru, namun kekalkan helaian yang jarang. Pasti nampak segalanya seperti baru.

 

4. Cipta gaya tersendiri. Ulang suara, tiada peraturan khas menghias rumah kerana hanya kamu yang tahu apa yang sesuai dengan kediamanmu. Jika suka, kamu boleh letakkan kerusi rehat kegemaran di ruang dapur. Malah, setiap kerusi di dapur itu boleh kamu hias dengan kusyen kecil. Pasti lebih selesa.

 

5. Elak bersepah. Kamu pengumpul botol berbentuk menarik atau pasu pelbagai saiz? Bagus! Tapi tak menarik jika ia dibiarkan di merata ruang. kumpulkan koleksi botol soda kegemaranmu di satu tempat . Bila diletakkan bersama, pasti botol berharga RM1 pun nampak mahal.

 

6. Bina kubu. Anak buah nak datang serang rumah? Hmm, Cosmo faham. Bagi mengelak diri daripada menyental tumpahan atas sofa, apa kata pilih tempat duduk dengan sarung yang boleh dibuka dan dibasuh. Manfaat selebihnya, bila dah tukar dengan ‘wajahnya’. boleh tukar dengan sarung baru. Menjimatkan!

 

7. Mudah gerak. Nak dapatkan ‘wajah’ baru di rumah setiap hari pun boleh sebenarnya. Jika kamu pilih perabot boleh bergerak iaitu beroda, mudah untuk pindahkannya ke lokasi lain. Malah, lebih mudah untuk kamu mengemas dan mencuci. Wah!

 

8. Elakkan mood suram. Tambah pencahayaan dan haruman di ruang utama dengan lilin beraroma. Ia mampu bangkitkan mood segar dan buat tetamu terpesona.

 

9. Set pinggan mangkuk rona sedondon. Untuk menjamu tetamu, kamu kena pastikan segalanya tampak cantik agar hidangan raya kamu lebih menyelerakan.

 

10. Takut kerusi kesayanganmu kotor? Gantikan dengan kerusi jenis kayu atau kulit, boleh juga kamu letakkan lapik di atasnya. Mudah nak bersihkan kesan kotoran yang melekat seperti rendang atau kuah kacang.

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor