Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
tiket penerbangan

Tip Dapatkan Tiket Penerbangan Murah

 

Kamu ingin bercuti ke luar negara tapi bajet ‘ketat’ untuk tiket penerbangan? Jangan risau, Cosmo ada helah mudah untuk kamu dapatkannya. 

tiket penerbangan

 

Anggar Masa Promosi

Bukan rahsia besar lagi, syarikat penerbangan akan memaklumkan pembeli bila membuat promosi. Bila tiket murah habis, mereka akan mula jual tiket mahal pula. Semua orang tahu. Jadi pada siapa syarikat penerbangan akan promosikan terlebih dahulu? Tentulah pada keluarga, saudara dan kenalan mereka yang sign-up newsletter. Yang pastinya kena rajin buka e-mel okey?

 

Gunakan Kayak Explore

Tool menarik untuk kamu berangan, tapi bukanlah angan-angan Mat Jenin kerana ia boleh dicapai. Klik saja www.kayak.com/explore. Kenapa Cosmo rasa kamu akan berangan bila guna aplikasi ini? Bila tengok world map dengan harga tambang murah, perasaan bercuti mulalah membuak-buak. Inilah masanya untuk pusing satu dunia!

 

Naik Kapal Terbang Berbeza

Maksud Cosmo, jangan buat tinjauan untuk satu syarikat penerbangan saja. Survey kesemua yang menawarkan penerbangan ke destinasi yang kamu ingin tuju sebelum membeli tiket. Misalnya kamu memilih MAS  untuk berangkat ke destinasi dan pulang menaiki Air Asia. Survey okey! Kadangkala menaiki kapal terbang yang berbeza lebih berbaloi.

Travel or tourism concept. Passport and suitcases on the world map.

 

Gunakan Search Engine Penerbangan

Mengapa bersusah-payah buka laman web syarikat penerbangan satu persatu untuk bandingkan harga? Buang masa. Sekarang sudah ada perkhidmatan online dan percuma! Bagaimana nak bandingkan tiket penerbangan murah di pelbagai destinasi seluruh dunia? Muat turun aplikasi seperti Skyscanner, senang dan efisien!

 

Incognito atau Private Browsing

Pernah tak tinjau harga tiket pada waktu pagi? Ia lebih murah kerana tak ramai yang survey pada awal pagi seperti waktu subuh. Ini trik teknikal sebenarnya. Bila kamu layari laman syarikat penerbangan, mereka akan letakkan cookies ke dalam komputer dan boleh ketahui di mana lokasi kamu dan maklumat web browser. Dengan cara itu, syarikat penerbangan tahu kamu sebenarnya berminat membeli tiket tetapi masih belum yakin atau mungkin tak cukup bajet. Jika kamu tak lakukan aktiviti pada lewat malam seperti keluar dengan dengan teman-teman, bolehlah cari tiket kapal terbang ke destinasi percutian!

 

Foto: INGimage

 

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor