Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tip Dapatkan Date Kedua

Temu janji pertama boleh dikatakan satu percaturan – kamu tak pasti kalau ada cetusan perasaan. Tetapi jika ada, kamu boleh atur apa akan berlaku selepas itu. Ini perkara yang boleh membawamu ke date kedua.

 

 

Ketika Date

1. Lelaki suka rasa dirinya dihormati, jadi tanya si dia soalan besar dalam cara halus. Contohnya, kejayaan terbesar setakat ini. Tentu dia rasa amat difahami – makin berpeluanglah kamu bertemu lagi.

2. Sentuh lembut: Rasa baju yang dipakainya, kononnya kamu nak tahu jenis fabrik. Atau pegang tangannya untuk tengok jam. Ada kala, lelaki tak hubungimu semula kerana menyangka kamu tak berminat.

 

Sewaktu Ucapkan Selamat Tinggal

1. Elak timbulkan rasa pelik bila ucapkan good night di dalam kereta dengan mengajaknya berjalan-jalan seketika. Ia menunjukkan kamu berminat nak habiskan masa dengannya. Ini salah satu teknik untuk rapatkan hubungan tanpa nampak desperate.

2. Bercanda juga cara yang baik untuk tunjukkan minat. Sebelum keluar dari kereta, katakan kepadanya: “Kalau kita cuba restoran baru di Ampang tu pun best juga, kan?” Tentu dia sukar nak kata tidak, betul tak?

3. Jika keadaan semakin ‘hangat’, jangan terus serah diri pula. Katakan, “Seronok keluar dengan you.” Biarpun rasa semacam, terus saja keluar. Memiliki tarikan hebat tanpa melakukan apa-apa jauh lebih menarik.

 

Keesokannya…

1. Biarpun kamu saling menyukai, elak menghantar SMS atau e-mel terlebih dahulu. Jual mahal sikit, kerana lelaki memang sukakannya! Setiap detik dia memikirkan sama ada kamu turut menaruh perasaan atau tidak membuatnya lebih teruja bila dapat tahu maklum balas positif daripadamu.

2. Jika si dia MIA hingga seminggu, WhatsApp video atau link kelakar. Tanpa meletak sebarang tekanan, ini memudahkannya untuk membalas semula. Mungkin selama ini dia sibuk dengan kerja.

3. Kamu boleh hubunginya (nada kasual ya), katakan kamu nak ke sebuah majlis. Disebabkan seronok bersamanya sebelum ini, tanyalah jika dia berminat nak ikut. Dari situ kamu boleh tahu sama ada dia ada hati atau tidak (aduh!), tapi sekurang-kurangnya dah tahu, kan!

 

Foto: Merlin

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor