Tip Buat Pengembara Solo - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tip Buat Pengembara Solo

BFF batalkan rancangan last minute untuk temani kamu bercuti? Jangan risau, inilah masanya untuk kamu beranikan diri dengan pengembaraan solo. Cosmo sediakan tip penting untuk membantu kamu dalam pelbagai aspek sepanjang percutian.

48513031 - travel.

1. Percaya pada naluri! Jika kamu mengenali seseorang sepanjang pengembaraan atau percutian, pastikan kamu tak percayakannya seratus peratus atas faktor keselamatan. Jika ada keraguan bila diajak masuk ke dalam keretanya atau ke sesuatu tempat, jangan pergi. Dan jangan sesekali rasa bersalah jika kamu tak muncul pada pertemuan yang telah diaturkan sebelum ini jika berubah fikiran di saat akhir.

 

2. Jika kamu mengembara solo, digalakkan berpakaian sopan dan tidak menjolok mata untuk menjaga keselamatan diri. Sarungkan pakaian yang menghormati adat dan budaya penduduk tempatan. Jangan terlalu mendedahkan tubuh kerana ia boleh menarik perhatian mereka yang berniat jahat. Paling penting, pakailah pakaian selesa.

 

3. Jika pelan kamu pergi bercuti adalah untuk menenangkan fikiran dan tak mahu diganggu mana-mana lelaki, sarungkan cincin di jari manis walaupun hakikatnya kamu masih belum berpunya! Atau simpan gambar lelaki dengan wajah menakutkan di dalam dompet. Kalau ada jejaka cuba ‘masuk line’, tunjukkan saja gambar ‘buah hati’ kamu itu.

 

4. Jalan penuh yakin dan elak bertentang mata dengan orang asing. Kamu boleh gunakan cermin mata sebagai alternatif. Bawa buku atau majalah ketika mahu ke kedai makan atau restoran untuk elakkan pandangan jejaka asing yang selalunya akan memerhatikan pelancong sepertimu.

 

5. Hati-hati dengan keadaan sekelilingmu. Dengan cara itu, kamu tahu ke mana harus dituju jika terdapat sebarang masalah. Jika diikuti orang tak dikenali, berjalan menuju ke hotel atau kedai berhampiran dengan segera dan minta pertolongan di situ.

 

Foto: 123rf.com

 

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist