Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
sharifah sakinah mengandung

Tip Berseri Ketika Hamil Seperti Sharifah Sakinah

Khas untuk ibu muda yang sedang hamil. Bertuahnya jika kamu tidak mengalami alahan yang teruk dan boleh melakukan aktiviti seperti biasa. Malah boleh berhias dan nampak berseri seperti Sharifah Sakinah.

sharifah sakinah mengandung

Sakinah pernah menafikan dakwaan yang dikeluarkan oleh kakaknya Sharifah Shahirah yang kononnya dia sedang hamil. Menurut Sakinah kakaknya hanya bergurau ketika itu. Sebelum ini Sakinah juga pernah keguguran sekitar bulan April lalu ketika mengerjakan umrah bersama keluarganya.

Menerusi kenyataan Sakinah di portal Mstar, dia tidak tahu pada awal kandungan tidak boleh menaiki kapal terbang dan ketika itu juga dia tidak tahu diri sedang hamil tetapi apa-apa pun ia bukan rezeki saya dan suami. “Insya-Allah kalau ada rezeki lagi untuk hamil dalam masa terdekat saya tidak menolak”.

sharifah sakinah mengandung

Tetapi foto terbaru Sakinah di Instagramnya jelas menunjukkan perutnya yang membesar dan usia kandungan Sakinah dijangka sekitar empat ke lima bulan. Tetapi yang Cosmo mahu tekankan disini, walaupun mengalami simptom alahan, Sakinah tetap tampil bergaya!

Kamu yang follow Sakinah di Instagram tentu tahu yang dia sememangnya aktif bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat. Malah foto beberapa minggu sebelum ini menyaksikan Sakinah tetap bersenam seperti biasa walaupun ketika itu usia kandungannya masih awal. Hamil tidak bermakna kamu tidak perlu bergerak aktif, betul tak?

Feels like sunday @marshamilan @jijiezainal

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Walaupun menerima komen negatif di setiap foto oleh netizen kerana berpakaian seksi, Sakinah tetap positif dan tidak mempedulikan kritikan tersebut. Semoga Sakinah sentiasa sihat sepanjang kehamilan. Love you Sakinah! Kalau kamu mahu cuba cara gaya hidup sihat seperti Sakinah, stalk Instagramnya.

Foto: Instagram.com/sharifahsakinah

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness