Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
rumah terbuka

Tip Berjimat Untuk Rumah Terbuka

Tibalah masa yang dinantikan, semua senarai persiapan raya telah kamu tick termasuklah untuk rumah terbuka kerana sudah lama kamu tak catch-up dengan teman-teman. Cosmo kongsi tip dan trik untuk kamu jemput ramai kenalan datang ke rumah tanpa perlu berbelanja besar.

 

rumah terbuka

 

Masak Hidangan Sendiri

Soalan pertama yang berada di mindamu mestilah cara memasaknya dalam kuantiti banyak, lagi-lagi kalau mahu masak nasi untuk 30 tetamu. Ayam berapa ekor? Daging berapa kilo? Jika memasak ayam atau daging, bolehkah ia dimasak sehari sebelum majlis?

Trik: Tetapkan menu utama yang bakal dihidangkan untuk tetamu. Jika kamu memilih menu nasi dan tetamu yang hadir lebih 30 orang, Cosmo sarankan kamu masak 14 pot nasi putih. Jika menu kamu nasi biryani, beras Basmathi yang kamu guna perlu dilebihkan kerana berasnya tak kembang. Kamu mesti buat kira-kira berapa bajet kewangan yang bakal dikeluarkan untuk makanan. Ada juga penyelesaian lain untuk berjimat seperti hidangkan spageti, sandwic, kuih-muih dan sebagainya. Pilih menu yang ringkas tapi pelbagai. Selain boleh jimatkan duit, kamu juga boleh pendekkan waktu memasak.

 

Dekor Ringkas

Kamu pasti mahu teman kagum dengan hiasan kediamanmu, jadi Cosmo cadangkan kamu DIY dekorasi rumah seperti menggantung kad raya pada dinding. Sekurang-kurangnya ia membangkitkan suasana raya jika kamu bercadang mengadakan rumah terbuka di penghujung Syawal. Selain itu, kawasan taman rumah boleh dihiasi dengan pelita atau lampu kecil berwarna-warni. Susun perabot supaya ruang rumah tampak luas dan memudahkan semua orang berkumpul kerana bila lama tak berjumpa, pastinya teman-teman akan berbual panjang. Pastikan bilik air kamu sentiasa bersih kerana selepas mengisi perut, pasti ramai yang ingin menumpang tandas. Penting tu! Kalau rumah kotor, secara tak langsung tetamu ada perspektif buruk tentang kamu.

 

Hadkan Jumlah Tetamu

Penting untuk tahu jumlah tetamu yang akan hadir. Jangan main ikut suka saja jemput tetamu tapi tak cukup bajet atau keluasan. Nanti ramai datang tapi tak cukup tempat nak duduk, tambah lagi tak cukup makanan. Tak ke haru? Selain itu, jumlah jemputan juga penting. Bila ramai tetamu datang, kenalah minta bantuan ahli keluarga membantu apa yang patut. Cosmo cadangkan kamu dapatkan anggaran kehadiran mereka. Tak semestinya tepat tapi mudah untuk kamu anggarkan makanan.

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor