Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tip Beli Baju Raya Untuk Elak Terlebih Belanja

Cosmo kongsi tip membeli baju raya buat kamu Cosmoholics sempena musim perayaan yang bakal tiba. 

raya

1. Persiapan awal

Selalunya kita akan impulse buying apabila membeli-belah secara last minute. Dan akhirnya kita tidak akan berpuas hati dengan hasil pembelian. Jadi survey pakaian apa yang kamu mahukan dahulu.

 

2. Tentukan bajet

Tetapkan bajet mengikut kemampuan kamu. Apabila kamu sudah peruntukkan bajet, ia mengelakkan kamu daripada over spending ataupun membeli terlebih banyak baju raya daripada keinginan asal.

 

3. Ketahui stail personal kamu

Jika kamu nampak baju bereka menarik tetapi ia akan membuatkan kamu berasa janggal memakainya, letakkan kembali di rak. Kamu hanyalah akan membazir wang di atas sesuatu yang kamu tidak akan pakai.

 

4. Jika membeli secara online

Kamu boleh menjadi rambang mata apabila melihat pelbagai baju raya yang boleh didapati di online. Antara langkah selamat daripada tertipu ialah dengan periksa review atau komen pelanggan lain di laman Facebook atau Instagram mereka. Juga pastikan saiz pakaian betul dengan memeriksa carta saiz kerana setiap saiz berbeza-beza mengikut jenama.

 

Selamat membeli-belah!

 

Foto: 123rf.com

Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva