Tip Agar Tak Terlebih Berbelanja - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tip Agar Tak Terlebih Berbelanja

Begini caranya untuk berbelanja tanpa menipiskan dompet kamu.

32578809_m

 

Q: Setiap bulan saya selalu di dalam dilema kewangan. Gaji saya bukanlah banyak, tapi saya ada tabiat buruk iaitu suka habiskan wang bila membeli-belah. Kadangkala barang yang saya beli tu tak diperlukan pun. Belum pun hujung bulan tapi poket sudah kering. Bagaimana nak buat ni?

 

A: Mudah saja sebenarnya jika kamu mahu betul-betul berjimat. Untuk elakkan terlebih belanja lain kali, buat senarai barang yang ingin dibeli – dress, beg tangan – dalam telefon pintar. Kemudian tetapkan bajet untuk barangan tersebut. Dengan cara ini lebih mudah untuk kamu berdisiplin dan tak terlebih belanja. Untuk berjaga-jaga, bawa sekali kawan yang takkan ragu-ragu untuk rampas dompet kamu kalau kamu belanja melebihi bajet.

 

Foto: 123rf.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor