Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tilam Terbaik Untuk Tidur Lena

 

Kamu sering dengar bertapa pentingnya tidur, tapi sebenarnya tidur berkualiti lagi penting. Satu faktor kena ambil kira adalah pemilihan tilam yang sempurna untukmu. Jangan sekadar pilih sebab harga promosinya hebat tapi bila dah cuba di rumah, baru nak menyesal. Cuba tip ini sebelum kamu pilih tilam serasi denganmu.

8890056_l

 

1) Pilih tilam yang tak terlalu lembut atau terlalu keras. Sebaiknya, cari yang ada sokongan untuk tulang belakang.

2) Uji tilam sebelum beli. Pakai pakaian sesuai kerana kamu akan baring bila mencubanya.

3) Baring atas beberapa jenis tilam untuk ketahui perbezaan di antaranya.

4) Jika kamu memilih tilam untuk dirimu dan pasangan, ambil kira saiz dan sebolehnya dengan spring yang mampu buat kamu tak sedar akan pergerakan pasangan sewaktu sedang tidur.

 

Foto: 123rf.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert