Tiga Pulau Tercantik Yang Jarang Dikunjungi! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tiga Pulau Tercantik Yang Jarang Dikunjungi!

Kamu yang kaki bercuti ke pulau mesti tidak asing lagi dengan pulau-pulau  cantik di Malaysia seperti Perhentian, Mabul, Redang, Tioman mahupun Langkawi.  Kali ini Cosmo senaraikan beberapa pulau yang disifatkan rare di tanah air kita.

mamutik

Pulau Mamutik, SabahPulau ini merupakan antara lima pulau di dalam kawasan Tunku Abdul Rahman Park termasuk Pulau Sapi dan Manukan. Namun jika kamu sukakan privasi, Pulau Mamutik adalah tempatnya. Persisir pantainya memiliki pasir putih yang gebu sepanjang lebih dari 200 meter. Bagaimanapun kamu dinasihatkan memakai jaket keselamatan jika tidak tahu berenang kerana kawasan laut  10 meter dari jarak persisir pantai agak dalam. Kamu juga tidak dibenarkan membawa pulang kepingan batu karang di tepian pantai kerana ianya dilindungi oleh Taman Marin Sabah.

tenggol

Pulau Tenggol, Terengganu – Terletak di lautan China Selatan di Pantai Timur negara, Pulau Tenggol adalah tumpuan kaki divers dan snorkels kerana keindahan hidupan lautnya termasuk batu karang, ikan jerung dan ikan pari. Perjalanan mengambil masa hampir sejam menaiki bot laju dari Jeti Kuala Dungun. Namun, pulau Tenggol disifatkan agak panas di waktu siang berbanding pulau lain di Terengganu. Jadi, untuk kamu yang suka berjemur, jangan lupa oles krim sunblock kegemaranmu.

pulau-gemia

Pulau Gemia , Kuala Terengganu– Terletak bersebelahan Pulau Kapas, pulau ini agak tersembunyi dan  mempunyai hanya sebuah resort iaitu Gem Island Resort.  Mengambil masa hanya 15-20 minit perjalanan menaiki bot laju dari Jeti Marang. Bagaimanapun jika kamu menginap di resort ini, pihak resort mencadangkan kamu melakukan aktiviti pantai pada waktu petang kerana bekalan elektrik ditutup dari pukul 2.30 pm hingga 5.30 pm.

Jadi, apa kamu tunggu lagi. Cepat-cepat book hotel dan enjoy momen kamu di sana!

 

Oleh: Curlyjow

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor