Tidur Dengan Suami Ibarat Mimpi Ngeri? Ini Penyelesaiannya - Page 3 of 3 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Tidur Sekatil Dengan Suami Ibarat Mimpi Ngeri? Ini Penyelesaiannya

Tidur Dengan Suami Ibarat Mimpi Ngeri? Ini Penyelesaiannya

Ya, hubungan intim sesuatu yang hebat. Tapi berkongsi katil? Hmm.. tidak. Apa yang boleh kamu boleh kamu lakukan jika tidur bersama suami merupakan salah satu episod mimpi ngeri?

Tidur Sekatil Dengan Suami Ibarat Mimpi Ngeri? Ini Penyelesaiannya

Foto: Shutterstock.com

 

Cinta sepatutnya memberikan kamu wajah yang berseri-seri, bukan lingkaran bawah mata gelap. Tapi masih ramai yang tidak dapat tidur lena dek kerana diganggu oleh pasangan beberapa malam dalam seminggu. Kehilangan tidur secara kumulatif tidak baik untuk kamu dan juga pasangan kamu. Satu kajian daripada Duke University Medical Center mendapati wanita lebih banyak menderita daripada kekurangan tidur berbanding lelaki termasuk depresi, marah dan permusuhan serta kadar risiko yang lebih tinggi untuk penyakit jantung dan diabetes.

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

JIKA SI DIA RESAH DAN TIDAK LENA…

Mari bercakap mengenai keresahan suami kamu setiap malam atau seperti satu kes yang dihadapi oleh wanita malang ini, suaminya sleep-pedaling. “Suami saya seperti mengayuh basikal di atas katil,” kata Kate Flinn. Tidur yang diganggu mungkin kelihatan seperti sesuatu yang remeh tapi sayangnya tidur yang diganggu sepanjang malam kesan fizikalnya bersamaan dengan hanya mendapat tidur selama empat jam, mengikut kajian Tel Aviv University. Kajian lain juga mendapati tidur kurang daripada tujuh hingga lapan jam boleh meningkatkan berat badan dan melemahkan daya ingatan.

…TUKAR TILAM

Ini adalah satu-satunya masalah di kamar di mana saiz adalah perkara penting: Tilam saiz queen adalah 6 inci lebih lebar dan 5 inci lebih panjang daripada saiz penuh; tilam saiz king memberikan kamu 16 inci lebih lebar. Sesudah kamu bersetuju memilih saiz tilam, periksa fabriknya – memory foam dan latex adalah yang paling berkesan untuk mengurangkan impak pergerakan.

 

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor