Tidur Dengan Suami Ibarat Mimpi Ngeri? Ini Penyelesaiannya - Page 2 of 3 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Tidur Sekatil Dengan Suami Ibarat Mimpi Ngeri? Ini Penyelesaiannya

Tidur Dengan Suami Ibarat Mimpi Ngeri? Ini Penyelesaiannya

Ya, hubungan intim sesuatu yang hebat. Tapi berkongsi katil? Hmm.. tidak. Apa yang boleh kamu boleh kamu lakukan jika tidur bersama suami merupakan salah satu episod mimpi ngeri?

Tidur Sekatil Dengan Suami Ibarat Mimpi Ngeri? Ini Penyelesaiannya

Foto: Shutterstock.com

 

Cinta sepatutnya memberikan kamu wajah yang berseri-seri, bukan lingkaran bawah mata gelap. Tapi masih ramai yang tidak dapat tidur lena dek kerana diganggu oleh pasangan beberapa malam dalam seminggu. Kehilangan tidur secara kumulatif tidak baik untuk kamu dan juga pasangan kamu. Satu kajian daripada Duke University Medical Center mendapati wanita lebih banyak menderita daripada kekurangan tidur berbanding lelaki termasuk depresi, marah dan permusuhan serta kadar risiko yang lebih tinggi untuk penyakit jantung dan diabetes.

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

JIKA CAHAYA TELEFON BIMBITNYA BUAT KAMU TERJAGA…

Kebanyakan orang akan letak telefon bimbit di sisi katil agar mudah dicapai jika terjaga di tengah malam. Ia bukan saja tidak bertimbang rasa, malah sebenarnya tidak sihat – sains juga bersetuju! Cahaya biru daripada telefon bimbit menyekat melatonin (hormon tidur) dua kali lebih banyak berbanding spektrum cahaya lain dan boleh mengejutkan ritma circadian sebanyak tiga jam, mengikut kajian daripada pengkaji Harvard. Keputusannya: Salah seorang daripada kamu menghabiskan setengah jam pada iPad manakala pasangan kamu sedang menutup muka mereka dengan bantal. Sejam kemudian, kamu berdua akan sukar untuk tidur kerana otak kamu fikir ia adalah siang hari.

…UBAH PERATUS CAHAYA SKRIN ATAU MATIKAN SAJA

Jika suami kamu memang perlu bawa telefon bimbit ke kamar, aplikasi EasyEyes, Twilight dan F.lux dapat membantu mengurangkan kadar cahaya biru daripada telefon bimbit, atau kurangkan saja peratus cahaya skrin. Nota: Segelintir pakar percaya perkara seperti ini tidak memerlukan kompromi. “Jika salah seorang daripada kamu ingin menggunakan telefon bimbit, mereka perlu meninggalkan kamar tidur,” kata Vatsal Thakkar, MD, Clinical Assistant Professor of Psychiatry di NYU School of Medicine.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor