Tidur Dengan Suami Ibarat Mimpi Ngeri? Ini Penyelesaiannya - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Tidur Sekatil Dengan Suami Ibarat Mimpi Ngeri? Ini Penyelesaiannya

Tidur Dengan Suami Ibarat Mimpi Ngeri? Ini Penyelesaiannya

Ya, hubungan intim sesuatu yang hebat. Tapi berkongsi katil? Hmm.. tidak. Apa yang boleh kamu boleh kamu lakukan jika tidur bersama suami merupakan salah satu episod mimpi ngeri?

Tidur Sekatil Dengan Suami Ibarat Mimpi Ngeri? Ini Penyelesaiannya

Foto: Shutterstock.com

 

Cinta sepatutnya memberikan kamu wajah yang berseri-seri, bukan lingkaran bawah mata gelap. Tapi masih ramai yang tidak dapat tidur lena dek kerana diganggu oleh pasangan beberapa malam dalam seminggu. Kehilangan tidur secara kumulatif tidak baik untuk kamu dan juga pasangan kamu. Satu kajian daripada Duke University Medical Center mendapati wanita lebih banyak menderita daripada kekurangan tidur berbanding lelaki termasuk depresi, marah dan permusuhan serta kadar risiko yang lebih tinggi untuk penyakit jantung dan diabetes.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

JIKA SI DIA BERDENGKUR…

Amanda dan suaminya sedang berbulan madu di Paris. Semua tampak indah dan sempurna sehingga tiba masanya untuk tidur. “Saya tidak tahu bagaimana nak gambarkan bunyi yang suami buat semasa berdengkur,” katanya. “Ia seperti campuran beruang dan kuda.” Jika rungutannya kedengaran seperti perkara biasa, itu kerana lelaki lebih cenderung untuk berdengkur (bukan semua salah mereka – sesetengah lelaki mempunyai saluran pernafasan yang lebih besar), sementara wanita pula merupakan lighter sleepers.

…BANTUNYA BERNAFAS DENGAN LEBIH SELESA

Mungkin produk pertama yang patut kamu beli apabila bergelar pasangan suami isteri adalah Nasal Strips seperti Breath Right. Ia membantu membuka rongga hidung sekali gus mengurangkan kamu daripada berdengkur. Selain daripada  itu, kamu juga boleh menggunakan palam telinga. Pujuk suami kamu untuk berjumpa dengan doktor juga – dia mungkin menghidapi sleep apnea di mana ia boleh menjadi serius jika dibiarkan tidak dirawat.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor