Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tidur Berkualiti VS Kuantiti

Tidur yang berkualiti lebih baik daripada tidur yang berjam-jam lamanya. Kamu mungkin beranggapan tidur melebihi lapan jam mampu membuatkan kamu segar.

8356666_m

Kebanyakannya bependapat tidur yang lama sehingga berbelas jam boleh menggantikan tidur yang kurang daripada lima jam pada hari biasa. Kamu silap! Keletihan di waktu siang dan kesukaran untuk tidur pada waktu malam menjadi masalah di kalangan dewasa yang berkerjaya. Tabiat ini sebenarnya akan mengganggu produktiviti kamu di tempat kerja. Cosmo kongsi cara bagaimana mendapatkan tidur yang berkualiti.

Jadual Tidur

Rancang waktu tidur kamu setiap hari. Jika kamu yang perlu bangun seawal enam pagi, masa yang sesuai untuk tidur adalah sekitar jam 10 PM -11 PM. Pastikan kamu telah mengambil makan malam sebelum 8 PM. Tidur dengan perut yang kosong akan menganggu tidurmu. Pastikan kamu tidur 3-4 jam selepas waktu makan malam.

Kamar Yang Sensual

Warna memainkan peranan dalam mempengaruhi mood kamu. Pilih warna dinding bilik tidur dengan warna yang sejuk dan tenang. Antaranya hijau, semua tona biru, ataupun kelabu. Warna kelabu membangkitkan rasa mengantuk dengan cepat. Elakkan warna terang untuk bilik tidur terutamanya merah! Warna terang membuatkan kamu aktif dan energetic. Jangan lupa pastikan bilik kamu kemas dan teratur. Sembur wangian lavender atau vanilla untuk terapi minda.

Ritual Menenangkan

Amalkan relaxing bedtime ritual. Tidur dalam keadaan gelap menambah perasaan yang tenang. Malapkan lampu tidurmu atau gunakan tirai daripada tona warna biru atau kelabu gelap, tidak bercorak dan cadar yang diperbuat daripada kain satin yang sejuk. Minum segelas susu suam dan elakkan minuman berkafein seperti kopi dan teh. Teh hijau, air lemon ataupun minuman manis meningkatkan kadar metabolisme kamu. Tak boleh tidur dibuatnya nanti. Sebelum tidur kamu digalakkan mandi air hangat bagi melegakan badan yang letih. Pasang lagu daripada genre jazz dan klasik. Cosmo cadangkan – Getaran Jiwa oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Tarik nafas dalam dan hembuskan perlahan-lahan. Ah tenangnya.

Tinggalkan Kerja Di Pejabat

Jangan amalkan membawa kerja di rumah. Gunakan waktu di pejabat dengan baik agar segalanya siap sebelum pulang ke rumah. Silent telefon pintar sebelum tidur dan jangan baca sebarang emel di computer ribamu. Jika bos kamu menggangu ketika selepas waktu kerja, katakan padanya waktu malam adalah waktu rehatmu. Lapangkan fikiran daripada sebarang bebanan kerja. Esokkan masih ada?

Senaman Ringan

Badan yang aktif di waktu siang membantu tidur yang lena di waktu malam. Amalkan gaya hidup sihat dan bersenam tiga kali seminggu. Lakukan regangan ringkas sebelum tidur seperti teknik pernafasan yang betul, urutan manja di bahu dan kaki daripada si dia dan postur tidur yang tepat. Jangan meniarap dan tidur dalam  keadaan mengiring ke kanan. Postur tidur mengiring ke kiri tidak bagus untuk jantungmu. Ini kerana jantung berada di bahagian kiri badan manusia. Akhir sekali pastikan bantal kamu empuk dan tidak terlalu tinggi atau rendah.

Foto: 123rf.com / oleh: @curlyjow

 

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor