Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tiada Siapa Boleh Merampas Gelaran Ratu Pop Daripada Stacy!

Jujur Cosmo katakan, sejak Stacy berehat daripada sebarang aktiviti seni, industri tempatan agak sunyi dengan persembahan pentas penuh bertenaga daripada mana-mana penyanyi.

Bukan tiada lansung penyanyi wanita yang lincah dan bertenaga ketika di pentas, tapi tiada siapa yang mampu memberi impak seperti Stacy. Mungkin Stacy kurang sinonim dengan persembahan solo nyanyian penuh memukau tanpa sebarang props dan tarian seperti Dayang Nurfaizah.

Bukan dia tidak mampu melakukannya, tetapi persembahan lincah dengan tarian dan vokal penuh bertenaga lebih berjiwa apabila dijayakan oleh Stacy! Now she is back with new stuff. Watch this space girls.

Stacy tampil dengan muzik video untuk single terbarunya, Cakap Ke Tangan. Lagu ciptaan Akim Ahmad dan kolaborasi bersama Laq, merupakan hadiah istimewa Akim buat isterinya, Stacy.

“Hampir setahun saya berehat dari melakukan aktiviti-aktiviti seni, adalah semata-mata ingin fokus terhadap kehidupan bekeluarga, ini adalah kerana keluarga merupakan pemangkin kerjaya saya sebagai anak seni. Setelah berkeluarga, bergelar seorang isteri dan ibu, saya lebih menghargai kehidupan ini serta segala rezeki yang telah dikuniakan”.

“Saya akui agak janggal untuk beraksi semula di hadapan kamera, kerana terlalu lama berehat sebagai anak seni. Kini, saya nekad untuk menumpukan sepenuh perhatian bagi meningkatkan lagi kualiti tarian dan nyanyian supaya tidak kekok apabila kembali beraksi nanti”, kata Stacy.

Menurut Stacy, setiap hari dia cuba mendisplinkan diri untuk mengikuti jadual latihan nyanyian dan tarian. Jangka masa setahun berehat mungkin terlalu lama buat Stacy, oleh sebab itu dia mengakui perlu membiasakan diri dengan tarian lincah seperti dulu supaya comeback yang dilakukan serta penantian peminat melihatnya beraksi kembali berbaloi.

Bercerita mengenai maksud disebalik lagu Cakap Ke Tangan, Stacy menjelaskan ia berkaitan dengan perjalanan seninya dimana adakalanya dia menerima kritikan negatif yang melampau sehingga mengusik emosinya. “Dengan lagu ini, saya ingin luahkan bahawa setiap pandangan positif mahupun negatif harus diterima dengan hati yang terbuka dan apabila ia keterlaluan saya hanya kata talk to the hand“.

“Dari awal hingga akhir, banyak perubahan tarian baru yang ingin ditonjolkan, kerana saya suka sesuatu yang baru serta lain dari video muzik terdahulu. Walaupun kami melakukan penggambaran selama sehari, dari pagi sehingga ke larut malam, saya langsung tidak berasa letih kerana terlalu excited setelah lama tak melakukan aktiviti sebegini. Jalan ceritanya agak ringkas dan ada watak misteri bakal ditonjolkan yang menjadi simbol kepada semua anasir negatif di luar sana,” tambah Stacy.

Saksikan video muzik Cakap Ke Tangan di YouTube!

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness