Tiada Lagi Masalah Jerawat Badan Selepas Ini... - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Tiada Lagi Masalah Jerawat Badan Selepas Ini...

Tiada Lagi Masalah Jerawat Badan Selepas Ini…

Body acne buat kamu tidak yakin untuk berbikini? We’ve got your back (and boobs and arms and butt!). Ini caranya untuk hilangkan segala jerawat di tubuh kamu…

Tiada Lagi Masalah Jerawat Badan Selepas Ini...

Foto: Shutterstock.com

1. ARM-NE

MENGAPA IA TERJADI “Benjolan kecil berwarna merah atau putih di tangan sering kali terjadi daripada kondisi yang dinamakan keratosis pilaris – bukanlah jerawat,” kata Heidi Waldorf, MD, Director of Laser and Cosmetic Dermatology di The Mount Sinai Hospital. Kondisi genetik ini menyebabkan pengumpulan keratin, sejenis protein yang menyumbat folikel rambut.

RAWATNYA! Sapu lapisan nipis krim pelembap yang kaya dengan kandungan alpha hydroxy acid satu kali sehari. Ia dengan perlahan akan menyingkirkan folikel tersebut sambil memastikan kulit kamu kekal hidrat dan lembut.

CEGAHNYA! “Memandangkan keratosis pilaris adalah kondisi genetik, ia tidak boleh dicegah sepenuhnya,” kata Mona Gohara, MD, pakar dermatologi untuk jenama Dove. Kulit kering lebih mudah terdedah kepada masalah ini, jadi rajin-rajinlah gunakan krim pelembap.

2. BACK-NE

MENGAPA IA TERJADI “Jerawat di kawasan ini sering kali terjadi dek peningkatan hormon di mana ia meningkatkan pengeluaran minyak dan bakteria,” kata Dr Gohara. A sneakier culprit: Hair conditioner! Jika tidak dibasuh sebersihnya, ia boleh meninggalkan sisa yang menyumbat liang pori.

RAWATNYA! Penyembur yang diperbuat daripada dua peratus asid salisilik boleh menghilangkannya. Gunakan pada kulit bersih dan kering setiap kali selepas mandi.

CEGAHNNYA! Untuk hapuskan permukaan yang berpeluh, gunakan berus mandi.

3. BOOB-NE

MENGAPA IA TERJADI “Bra sukan, bikini tops dan push-up bra menyebabkan geseran dan memerangkap peluh, minyak juga kotoran,” kata Dr Gohara. Kombo ini boleh menyebabkan folliculitis di mana ia kelihatan seperti jerawat biasa yang disebabkan oleh minyak berlebihan tapi ia selalunya adalah masalah yang berpunca daripada jangkitan folikel rambut.

RAWATNYA! Cuci setiap hari menggunakan pembersih benzoyl peroxide untuk membersihkan folikel sepenuhnya, cadang Dr Gohara. Dan rajin-rajinlah tukar bra. Apa-apa yang kotor dan ketat hanya akan menyebabkan ia bertambah buruk.

CEGAHNYA! Bawa oil-free cleansing wipes ke mana saja kamu pergi terutamanya pada hari aktif atau panas. Amat sesuai untuk kulit lembut dan sensitif.

4. BUTT-NE

MENGAPA IA TERJADI Sama seperti di bahagian dada, ‘jerawat’ di kawasan ini berpunca daripada folliculitis yang terjadi dek kerana seluar sukan berpeluh, skinny jeans mahupun duduk di kerusi untuk tempoh masa yang lama.

RAWATNYA! Gunakan benzoyl peroxide pada waktu malam. Sarungkan seluar dalam fabrik kapas yang serap peluh sehingga kulit kamu benar-benar pulih.

CEGAHNYA! Daripada skinny jeans, apa kata sekali-sekala kamu cuba boyfriend jeans pula. Ia bukan saja selesa malah beri ruang untuk kulit kamu bernafas. “Sounds weird, but it’s often forgotten,” kata Dr Gohara.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor