The Westin Langkawi - Resort Paling Ideal Untuk Kamu!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

The Westin Langkawi – Resort Paling Ideal Untuk Kamu!

Makan kenyang, tidur lena dan pastinya rasa bersemangat ke pejabat selepas habis cuti. Cosmo pilih untuk menginap di The Westin Langkawi. Tak rugi jika kamu memilih penginapan bertaraf lima bintang ini, rasa indah sentiasa. 

Menginap di Premium Ocean View room memang rasa tak nak keluar bilik. Pemandangan cukup indah. Tapi Cosmo tak nak terperap dalam bilik. Banyak aktiviti boleh dilakukan di hotel bertaraf lima bintang ini. Sebaik tiba di sini, Cosmo menikmati makanan tengah hari di Seasonal Tastes Restaurant sambil menikmati pemandangan laut Andaman yang terbentas luas.

Petang itu, Cosmo bakar kalori di Westin Workout Fitness Studio. Lengkap peralatan gim di sini. Cosmo kemudian mencuba hidangan makan malam di restoran Tide sambil ditiup bayu pantai. Mendapat urutan di Heavenly Spa buat Cosmo terlena sebentar sebleum balik bilik.

Tanpa lepaskan peluang Cosmo lakukan aktiviti Fly yoga. Pengalaman unik kerana sebelum ini Cosmo sentiasa lakukan yoga tapi kali ini terpaksa bergantung pada peralatan kain yoga. Mencabar tapi seronok! Instructor yang mengajar Cosmo juga bukan calang-calang orang. Berpengalaman.

Cosmo juga sempat menikmati minuman di Splash sambil menikmati pemandangan matahari terbenam. Lebih istimewa, Cosmo dapat makan malam romantis di Dinner at Float sebelum pulang ke KL.

 

Foto: The Westin Langkawi.

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist