Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

The Cosmo Guy – Perjalanan Seni Aizat Amdan

Namanya sudah cukup dikenali ramai. Dia merupakan penyanyi, komposer dan penulis lirik yang telah mencipta lagu dengan efek mantap sepanjang bergelar anak seni.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

BAKAT ANUGERAH TUHAN

Cosmo tak nafikan, apa saja lagu nukilan Aizat pasti hit di corong radio. Bukan saja untuk diri sendiri, dia juga turut menghasilkan lagu buat rakan artis seperti Fattah Amin, Fazura, Dhany Katahati, Harissa Adlynn dan ramai lagi. Setiap ciptaan Aizat tidak pernah mengecewakan dan pasti mendapat tempat di hati para pendengar. Mana datangnya idea dan inspirasi untuk berkarya? “Muzik dan penciptaan lagu adalah perkara misteri dalam dunia, ibarat mahu mencari jodoh tapi tak kesampaian. Cara saya berinspirasi adalah dengan meneruskan kehidupan seperti biasa.”

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker