The Cosmo Guy - Fikry Ibrahim Dipuji Peminat
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

The Cosmo Guy – Fikry Ibrahim Dipuji Peminat

Cuba ‘menutup aurat’ Uqasha Senrose ketika memuat naik gambar bersama di Instagram dua bulan lalu, siapa sangka tindakannya menerima pujian hebat daripada netizen. Pelawak dan pelakon yang kian melakar nama dalam dunia seni ini mengakui dia sekadar bergurau. “Tak sangka ia disambut baik oleh netizen,” kata jejaka kelahiran Jitra, Kedah ini. Fikry Ibrahim berkongsi update terbaru mengenai dirinya.

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ibu Sumber Inspirasi

“Saya bukan datang daripada keluarga senang. Bila lagi kalau bukan sekarang untuk balas budi orang tua. Banyak pengorbanan mereka kepada saya dan saya amat hargai kedua orang tua saya ketika mereka masih hidup,” jawab Fikry sambil tersenyum. Saja Cosmo mengusik, selalukah balik Kedah memandangkan Fikry menjadikan emaknya sebagai sumber inspirasinya? Jawabnya, setiap kali cuti mesti akan balik! Baguslah…

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker