Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

The Cosmo Guy – Fikry Ibrahim Dipuji Peminat

Cuba ‘menutup aurat’ Uqasha Senrose ketika memuat naik gambar bersama di Instagram dua bulan lalu, siapa sangka tindakannya menerima pujian hebat daripada netizen. Pelawak dan pelakon yang kian melakar nama dalam dunia seni ini mengakui dia sekadar bergurau. “Tak sangka ia disambut baik oleh netizen,” kata jejaka kelahiran Jitra, Kedah ini. Fikry Ibrahim berkongsi update terbaru mengenai dirinya.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Diberi Peluang Jadi Hero

Memegang watak hero, drama Rahsia Hati Perempuan trending setiap malam kerana jalan ceritanya yang kuat dan dibarisi pelakon popular lain seperti Mira Filzah, Uqasha Senrose dan Hisyam Hamid. Dengarnya Fikry diberi kepercayaan untuk memegang watak hero sekali lagi selepas drama ini, betulkah? “Ya, saya sendiri pun tak percaya. Dramanya bertajuk Ngok Ngek di mana saya memegang watak hero sebagai Ngok atau Ngek (masih dalam perbincangan). Hero ini angkuh, sombong dan tak berapa bijak,” ceritanya sambil berjenaka.

Bagaimana agaknya Fikry boleh menceburi bidang seni? “Pada awalnya, saya saja pergi uji bakat Lawak Solo tapi kena reject. Pihak produksi kata saya tiru lawak orang, jadi tercetus rasa tak puas hati. Saya cuba masa second stage dan hanya diberi 15 minit untuk buat lawak, saya lulus tapi team kata KIV. Beberapa hari kemudian saya terima panggilan telefon untuk top 25. Kesudahannya, sampai hari ini Fikry Ibrahim masih aktif dalam dunia seni tanah air.”

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker