Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

The Cosmo Guy – Alvin Chong Semakin Hangat Dalam Industri Seni

Kamu sangka dia bintang baru dalam industri tempatan? Kamu silap. Alvin mula mencipta nama seawal usia 18 tahun setelah menyertai program realiti, Astro Star Quest. Rezekinya dalam bidang nyanyian dan lakonan datang bertubi-tubi walaupun tidak memenangi program tersebut. Cosmo dekati jejaka kacak yang berasal dari Pulau Pinang ini.

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Single Terbaru

Mencintaimu adalah lagu terbaru Alvin selepas kejayaan single pertamanya, Lalu. Ia menceritakan tentang kegembiraan dan kesakitan mencintai seseorang. “Saya diberi peluang dan kepercayaan untuk menyanyikan original soundtrack drama My Coffee Prince oleh pengarahnya sendiri, Michael Ang. Dari situ, saya bekerjasama dengan penyanyi berbakat dan penulis lagu ini, Sid Murshid. Beberapa demo diberikan kepada Micheal Ang dan ternyata Mencintaimu menjadi pilihan. Rugi jika saya tolak, ia peluang besar untuk terus berkembang dalam industri tanah air,” kata Alvin.

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker