The Barat Tioman - Resort Paling Cool Pilihan Cosmo
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
The Barat Tioman

The Barat Tioman – Resort Paling Cool Pilihan Cosmo

Prev1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

Perjalanan penuh dramatik mengambil masa 5 jam dari Kuala Lumpur ke jeti Mersing, Johor. Itupun kerana Cosmo memilih untuk memandu dan memulakan perjalanan lewat malam.

The Barat Tioman

Jalan gelap tanpa cahaya lampu tiang memang menyeramkan sebelum kami tiba di jeti seawal jam enam pagi. Ini semua kerana Cosmo mahu rasai sendiri pengalaman menginap di resort baru di Kampung Juara, Pulau Tioman. Tambahan pula TIOMAN SurFestival 2017 anjuran Tioman Cabana dengan kerjasama Rip Curl Malaysia diadakan berhadapan dengan resort yang Cosmo ‘bakal’ menginap ketika itu – The Barat Tioman.

Perjalanan dari jeti ke Pulau Tioman mengambil masa dua jam menaiki feri. Kemudian Cosmo diberitahu yang resort The Barat agak terpencil jadi kedai runcit atau serbaneka agak jauh ke depan. Terus Cosmo borong segala makanan dan minuma ringan yang harganya sangat murah, di The Zon, kedai bebas cukai berhampiran jeti.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness