Thanuja Ananthan Bukan Sekadar Beauty Queen!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Thanuja Ananthan Bukan Sekadar Beauty Queen!

Thanuja Ananthan, wanita cantik berketinggian 6 kaki ini mula dikenali selepas dinobatkan sebagai Miss Malaysia World in 2009. Dia bukan hanya sekadar wanita cantik tetapi telah melakukan hampir pelbagai bidang termasuk, ratu cantik, model, aktivis, dan pengacaraan malah dia boleh bertutur dalam enam bahasa selain Inggeris, Tamil dan Bahasa Melayu.

thanuja ananthan

Baru-baru ini Thanuja telah mencuba bakat dalam lakonan menerusi sebuah filem pertamanya berjudul ‘Temuan Takdir’ arahan Dhyan Vimal yang akan ditayangkan di seluruh pawagam tempatan bermula 11 Ogos ini. Cosmo sempat menemuramah Thanuja yang juga salah seorang pelakon utama.

Sebagai seorang beauty pageant dan supermodel, adakah sukar untuk kamu mencuba bidang baru terutamanya lakonan? Apakah cabaran utamanya?

Sebenarnya selepas memenangi Miss Malaysia, saya telah menerima tawaran berlakon di India untuk sebuah filem berbahasa Tamil, tetapi menolaknya kerana saya seorang yang sangat berhati-hati memilih watak. Apatah lagi watak tersebut tidak menepati dengan apa yang saya mahukan. Bukan mahu demand, tetapi sayamahu sesuatu yang mencabar dan lari daripada sesuatu yang stereotype. Saya pernah mempelajari jurusan drama, jadi saya tahu apa yang saya mahukan. Saya tak kisah kelihatan buruk asalkan watak itu mencabar.

Apa yang membuatkan kamu menerima tawaran ini sedangkan watak tersebut adalah diri kamu sendiri?

Ya, saya akui watak tersebut adalah diri saya sendiri, seorang model. Pertama kerana saya sangat kagum dengan cara pengarahan Dhyan Vimal, dia bersama-sama membantu menghidupkan watak. Kedua, saya selesa membawa watak ini yang dekat dengan diri saya. Watak ini mencabar dimana saya sebenarnya tidak tahu, orang yang disayangi sebenarnya bukanlah orang yang sempurna untuk dicintai. Penjenayah kan! Haha

Antara model, aktivis, pelakon dan beauty queen, mana yang paling sukar?

Saya tidak memandang kesemuanya sebagai satu pekerjaan, tetapi sebagai satu minat. Aktivis adalah bidang yang saya suka dan perjuangkan sejak dari kecil, jadi saya tidak memandangnya sebagai satu karier. Cinta saya terhadap semua ini adalah setara. Saya sukakan runway, beraksi di hadapan kamera, dan saya juga adalah people’s person.

Where do you see yourself dalam dunia lakonan 10 tahun akan datang?

Sudah tentu saya mahu menjadi lebih maju dan berjaya dalam lakonan.  Bagi saya, jika kamu tidak suka lakukan sesuatu, jangan lakukannya sejak dari awal. Kalau tiada minat, kamu tidak akan berjaya dalam apa yang kamu lakukan. Lakonan adalah sesuatu yang saya enjoy lakukan.

Cabaran sepanjang penggambaran? Bitter moments?

Ini adalah filem pertama saya dan syukur saya tidak mengalami sebarang kecederaan atau kesulitan. Segalanya berjalan lancar dan kru-kru juga pengarah sangat membantu sepanjang proses penggambaran. Saya sangat mengagumi pengarah kerana dia memahami dan membantu kesemua pelakon menjiwai watak.

Bagaimana dengan kerjaya sebagai model?

Saya sudah kurangkan aktiviti modelling dan hanya melakukan acara yang besar. Namun jika diimbas kembali, London Fashion Week adalah projek terbesar sepanjang kerjaya model saya. Saya juga berbangga apabila pernah bekerjasama dan menjadi inspirasi untuk hasil kerja seni beberapa pereka fesyen tempatan seperti Dato’ Bernard Chandran dan Zang Toi. Saya rasa sudah puas mengecapi kejayaan dalam dunia modelling. Sekarang ini saya baru sahaja habis menjalani beberapa rancangan TV dan program travelogue.

Bagaimana kamu menghadapi pandangan masyarakat apabila kebanyakkannya melihat wanita cantik, tinggi dan seorang model sebagai wanita bimbo dan hanya bersandarkan pada paras rupa?

Bagi saya, the way you being treated is depend on how you project yourself. Kecantikan adalah subjektif! Saya mungkin kelihatan cantik di mata kamu tetapi tidak di mata sesetengah yang lain. Tidak kira bagaimana bentuk badan ataupun rupa kamu, at the end of the day adalah bagaimana kamu membawa diri.

Kamu telah melakukan hampir pelbagai bidang, bagaimana pula dengan nyanyian?

Saya sebenarnya telah belajar sebuah muzik klasik India sewaktu kecil, tetapi berhenti di pertengahan jalan. Setakat itu sahaja, saya belum lagi berfikir untuk ke bidang nyanyian. Hahaha

temuan takdir

Vanida Imran Dan Azura Zainal antara barisan pelakon yang membintangi ‘Temuan Takdir’.

Dalam pada itu, filem ‘Temuan Takdir’ akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 11 Ogos ini membariskan pelakon seperti Vanida Imran, Thanuja Ananthan, Azura Zainal dan ramai lagi.

Foto: Instagram.com/thanujaananthan oleh: @curlyjow

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness