Tertekan Kerana Kekasih Curang, Khloe Kardashian Tak Mampu Menyusukan Anak
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Khloe Kardashian Dedah Sukar Untuk Breastfeeding Kerana Tekanan

Tertekan Kerana Kekasih Curang, Khloe Kardashian Tak Mampu Menyusukan Anak

Khloe Kardashian terpaksa mengimbas kembali momen duka ketika Tristan Thompson curang kepadanya sementara melahirkan baby True disebabkan Keeping Up With the Kardashians disiarkan setiap minggu. Dan ketika live-tweeting pada ahad lepas, bintang realiti ini mendedahkan bagaimana tekanan memberi kesan kepada tubuhnya.

Apabila seorang peminat bertanya kepada Khloe nasihat tentang breastfeeding, dia memberi respon, “Saya cuba breast-feeding selama beberapa minggu! Bagi saya ianya memeritkan tetapi saya juga tidak mengeluarkan banyak susu. Jadi saya harus pump setiap kali anak saya tidur.”

Ibu baru ini kemudian mendedahkan sebab kenapa dia susah mengeluarkan susu kerana “saya rasa kerana tekanan.” Pada 10 April, sebuah video intim Tristan dan wanita lain  tersebar. Khloe melahirkan anaknya, True Thompson, hanya dua hari selepas itu. So, yeah, teori tersebut masuk akal!

Selain itu, Khloe berkata dia memutuskan untuk bertukar kepada susu formula, tetapi sebagai pilihan terakhir.

I tried literally EVERYTHING!!,” katanya. “Doktor datang untuk memeriksa, saya berjumpa dengan lactation specialist, saya mencuba power pumping, saya minum teh, makan biskut, membuat urutan istimewa  dan sebagainya. Semuanya tidak memberi kesan. Apabila True mula kehilangan berat disebabkan ini, saya harus memberinya formula.”

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker