Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tertekan Di Tempat Kerja? 3 Tip Ini Mampu Gembirakan Hati Kamu

Bila mula dah rasa kerjaya seakan rutin yang kabur di tempat kerja, sudah tiba masanya untuk bangkitkan semangat supaya setiap langkah (atau pemanduan dalam kesesakan) mudah dilalui.

Foto: Nick Onken

Konsep yang sama di padang permainan, kamu mahu berlumba untuk buai paling tinggi, atau menggelongsor paling laju atau berlari paling pantas. Di pejabat, ‘perlumbaan’ sama pun wujud kerana kamu mahukan kedudukan dan posisi paling bagus dalam syarikat. Namun, dek kerana tekanan yang wujud di pejabat lebih serius, kamu pun terjebak dalam politik pejabat yang mampu melukakan hati, buat kamu resah tak tidur malam atau gusar bila dekat dengan waktu penilaian. Jom ubah semua itu dan jadikan detik 9-6 lima hari seminggu itu lebih bermakna dan menyeronokkan.

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

RAIKAN DIRIMU

Kenapa nak tunggu rakan sekerja lakukan sesuatu untukmu bila kamu telah berjaya capai sesuatu? Dengan kemungkinan kamu naik pangkat setiap tahun tidaklah tinggi, kejayaan kecil di pejabat juga deserve a celebration. Contoh, bos sambil lalu-lalang cakap, “idea you untuk pastikan deadline tercapai tu bagus” walaupun kamu seorang saja yang dengar, go and celebrate girl!

Secangkir kopi mahal atau pergi cuci rambut di salon, pasti menggembirakan hati. Dan menariknya, kamu akan rasa bersemangat dan mahu bersungguh-sungguh di pejabat untuk pujian seterusnya. And you know what they say, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Terjemahan: semua inisiatif dan reputasi bagus itu mungkin pelaburan untuk kamu peroleh pangkat lebih besar. Pangkat besar = gaji besar. Yes!

Katakanlah kamu langsung tak pernah dapat pengiktirafan, jangan let yourself down. Cosmo benarkan kamu raikan setiap benda baru yang kamu belajar di pejabat. Seperti nasihat yang diberikan oleh senior atau kamu finally tahu di mana butang suis aircond utama atau laluan baru buat kamu sampai lima minit lebih awal ke pejabat, berikan dirimu a quiet, inner “hooray!”

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor