Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tertekan Di Tempat Kerja? 3 Tip Ini Mampu Gembirakan Hati Kamu

Bila mula dah rasa kerjaya seakan rutin yang kabur di tempat kerja, sudah tiba masanya untuk bangkitkan semangat supaya setiap langkah (atau pemanduan dalam kesesakan) mudah dilalui.

Foto: Nick Onken

Konsep yang sama di padang permainan, kamu mahu berlumba untuk buai paling tinggi, atau menggelongsor paling laju atau berlari paling pantas. Di pejabat, ‘perlumbaan’ sama pun wujud kerana kamu mahukan kedudukan dan posisi paling bagus dalam syarikat. Namun, dek kerana tekanan yang wujud di pejabat lebih serius, kamu pun terjebak dalam politik pejabat yang mampu melukakan hati, buat kamu resah tak tidur malam atau gusar bila dekat dengan waktu penilaian. Jom ubah semua itu dan jadikan detik 9-6 lima hari seminggu itu lebih bermakna dan menyeronokkan.

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

UCAP TERIMA KASIH, BERIKAN SENYUMAN

Ulang cakap Cosmo, “saya bukan robot.” Jadi kenapa masuk pejabat dengan kelajuan 10km/j terus tuju ke meja dan duduk, buka komputer dan terus buat kerja? Tak sempat pandang kiri kanankah? Tak pentingkah orang di sekeliling kamu?

Ikutkan banyak kajian, senyum membantu kamu mencapai dua benda. Satu, ia akan beritahu otak kamu untuk rasa lebih gembira. Cuba ini bila kamu sedang rasa tertekan dengan kerja, pasti mood akan jadi  lebih baik. Kedua, senyuman itu berjangkit jadi orang depan kamu itu pun akan senyum sama. It’s contagious in an awesome way!

You know how they say, buat baik berpada-pada. Gunakan ini di pejabat, ucapkan terima kasih kepada orang yang kamu tak pandang pun selama ini. Contoh, makcik yang tolong bersihkan tandas atau siramkan pokok atas meja kamu, atau pengawal keselamatan yang tolong tengok-tengokkan kereta kamu di parking lot. Kerja mereka pun teruk dan jarang sekali dapat penghargaan. Trust me, kamu akan rasa lebih gembira.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor