Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tertekan Di Tempat Kerja? 3 Tip Ini Mampu Gembirakan Hati Kamu

Bila mula dah rasa kerjaya seakan rutin yang kabur di tempat kerja, sudah tiba masanya untuk bangkitkan semangat supaya setiap langkah (atau pemanduan dalam kesesakan) mudah dilalui.

Foto: Nick Onken

Konsep yang sama di padang permainan, kamu mahu berlumba untuk buai paling tinggi, atau menggelongsor paling laju atau berlari paling pantas. Di pejabat, ‘perlumbaan’ sama pun wujud kerana kamu mahukan kedudukan dan posisi paling bagus dalam syarikat. Namun, dek kerana tekanan yang wujud di pejabat lebih serius, kamu pun terjebak dalam politik pejabat yang mampu melukakan hati, buat kamu resah tak tidur malam atau gusar bila dekat dengan waktu penilaian. Jom ubah semua itu dan jadikan detik 9-6 lima hari seminggu itu lebih bermakna dan menyeronokkan.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

TANYA KALAU TAK TAHU

Salah satu sebab kamu kurang teruja nak ke pejabat adalah tak pasti dengan tugasan. Kamu diserahkan satu tugasan penting, dan kena buktikan diri supaya majikan iktiraf kerjamu. Tetapi butiran diberi agak tak jelas, buat kamu rasa gundah-gulana nak ke pejabat sebab tiada arah tujuan.

Kebanyakan majikan atau ketua jabatan ada 1,001 perkara dalam kepalanya. Sewaktu dia berikan tugas, adakah kamu mengangguk saja tanpa banyak soal? Ya? Itu bahayanya, kerana serta-merta dia akan anggap kamu faham dan mampu laksanakannya.

Mungkin pada peringkat itu you get what he or she wants, tapi sedang kamu melaksanakannya, rasa pasti tak pasti. Guess what? Kalau kamu ketuk pintu bilik bos dan beritahu: “Bos, saya dah mula dengan tugasan ini, tapi ada satu dua benda yang perlukan clarification.” Ini jelas menunjukkan kamu amat fokus dan prihatin dan peka dengan kehendak tugasan itu dan seorang yang mahu mengambil inisiatif.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor