Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Terlebih Tidur? Lakukan Senaman 3 Minit Ini!

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Terasa lesu selepas berjam-jam tidur? Ia buatkan kamu bertambah malas, ataupun terasa seperti mahu sambung tidur lagi? 

Kamu oversleep dan melanggar bunyi snooze berkali-kali, memang kamu tidak cukup waktu untuk bersenam. Namun, kalau hendak menggerakkan tubuh sebelum masuk kerja, ada cara paling pantas bersenam dan kamu pun tak mungkin lambat.

Cuba senaman tiga minit ini daripada ilham jurulatih fitness Cosmobody, Adam Rosante untuk bangkitkan tubuh dan meningkatkan degupan jantung sementara menunggu kopi panas: Tiga minit sahaja. Lakukan gerakan disenaraikan di bawah, dan ulang beberapa kali setiap senaman (ambil waktu 30 hingga 60 saat setiap pergerakan).

 

1.Alternating Leg Hop (30 saat)

Berdiri tegak dengan lembutkan lutut dan siku dilentur. Bayangkan kamu sedang memegang jump rope dan mula melompat dengan libatkan biceps ketika memutar bawah lengan seolah-olah memusing tali. Dalam waktu sama, loncat kaki kiri dan angkat lutut kanan setinggi pinggul, kemudian kaki kanan dan angkat lutut kiri searas pinggul. Lakukan berulang kali antara dua kaki.

Where you’ll feel it: Hati dan kaki.