Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Terima Kasih Cosmoholics!

Acara terbesar Cosmopolitan Malaysia, Fun Fearless Life telah berlangsung dengan meriahnya pada 8 Oktober lalu bertempat di Dewan Mercu Mustapha Kamal. Thank you so you much to those who came and joined the fun!

Terima kasih juga buat penaja utama, Laneige yang menjadikan impian Cosmopolitan Malaysia untuk hang out bersama semua Cosmoholics menjadi kenyataan. Turut memeriahkan acara dengan tajaan lain seperti Bodytone, Chalkapella, Magnum, Nails on Wheels juga rakan media, Wanita Hari Ini dan Tonton.

Cosmo Fun fearless Life

Acara yang dihadiri oleh lebih kurang 500 Cosmoholics dimeriahkan oleh pelbagai aktiviti dan sesi motivasi bersama speakers jemputan yang berkongsi pelbagai tip mengikut kepakaran mereka seperti Atilia Haron, Marini Ramlan, Airin Zainul, Mina Rosli, Erin Adlina, Deanna Ibrahim, Nurul Aziah Musa, Dennis Lau, Ellie Norman, Fouziah Ghous & Zhafran, Bella yunus, Fiza Sabjahan, Diana Danielle, Zaihani Mohd Zain, Syomir Izwa, Evelyn Leong termasuk Deputy Editor Cosmo sendiri, Nisa’ Halid.

Cosmo Fun fearless Life

Sesi make up tutorial oleh penaja utama, Laneige. Model yang juga penulis fesyen Cosmopolitan, Sri Azni terus nampak lebih cantik. Thank you Laneige! 

Cosmo Fun fearless Life

Rakan media, Tonton memberi peluang kepada Cosmoholics mendapat keahlian percuma dan goodies gempak!

Cosmo Fun fearless Life

Manicure time!!! Terima kasih kepada Nails On Wheels untuk rias kuku yang cantik.

Cosmo Fun fearless Life

Chalkapella menyediakan 135 kemeja-T dan Cosmoholics melukis rekaan mereka sendiri. Kesemua kemeja-T ini akan disumbangkan kepada anak-anak Orang Asli. 

Cosmo Fun fearless Life

I scream for Ice Cream!!! Terima kasih Magnum untuk penyejuk tekak buat semua pengunjung.

Cosmo Fun fearless Life

Cosmoholics berpeluang mencuba produk daripada penaja, Bodytone.

Cosmo Fun fearless Life

Diana Danielle antara speakers yang berkongsi tip sebagai ibu muda yang berkerjaya.

Cosmo Fun fearless Life

Fouziah Ghous dan suaminya, Zhafran berkongsi tip dengan Cosmoholics dan acara Fun Fearless Life dihoskan oleh Nana Mahazan. 

Cosmo Fun fearless Life

Harris Baba dan Dennis Lau menghiburkan Cosmoholics. Dennis dan Harris diserbu dan dikelilingi gadis Cosmo selepas persembahan. 

 

Dream it! Dare it! Do it! Semoga tahun depan, Cosmo berpeluang menganjurkan acara seperti ini lagi dan Cosmo mahu kamu berani memperjuangkan impian! Live your life to the fullest. 

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness