Terbang Bersama 'UFO' - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Terbang Bersama ‘UFO’

Dan ia tiada kena-mengena dengan makhluk asing!

Of course I said yes! Bila diberi peluang mencuba smart mask device pertama di dunia, Foreo UFO. Btw, UFO adalah singkatan untuk Ur Future Obsession. Kenalah dengan nama panjangnya, sekali kamu pakai, rasa seperti tak boleh tak ada!


Foreo UFO Pearl Pink, Mint & Fuchsia

Intro sedikit bagi kamu yang belum kenal Foreo. Jenama dari Sweeden ini dah banyak melancarkan beauty devices daripada pencuci muka, berus gigi, alat pengurut antaranya dan yang terkini adalah UFO. Bersama teknologi pupur Korea, Foreo UFO tampil dengan pupur khasnya sendiri bagi melengkapkan sesi 90 saat kamu berpupur dengannya. Hanya 90 saat untuk hasil seperti berjam-jam kamu lakukan facial di spa. Dan ini, kamu boleh lakukan di mana-mana saja! Menarik tak?

Kerana terasa tercabar nak cuba di ‘mana-mana’, saya bawa UFO bersama ke Jepun Januari lalu. Kan lama perjalanan lebih enam jam tu dan kekurangan lembapan dalam pesawat memang buat garis-garis lebih jelas dan kulit rasa kering! Dahlah menuju ke negara yang tengah musim sejuk!

Jadi agak-agak masa sesuai, saya keluarkan UFO. Baru nak pair dengan telefon, pramugari Jepun datang jenguk. Agaknya dia terkejut lihat UFO menyala, ditanya “what is that?”. Bila saya jawab ia device berpupur yang terkini, bersinar-sinar matanya. Siapa yang tak suka sesuatu yang canggih dan boleh digunakan dengan mudah untuk kulit lebih cantik, kan?

Back to pairing UFO dengan telefon (Apple dan Android), kamu terlebih dahulu harus muat turun aplikasi Foreo For You, daftar dan ia sedia digunakan. Jadi setiap kali kamu nak guna, kamu switch on UFO dan buka aplikasi di telefon and connect via bluetooh. Once connected, kamu pilih pupur apa yang kamu nak guna. Tetapi untuk kali pertama, just scan kod QR di belakang pupur pilihan dan ikut langkah-langkah yang diberi. Jangan risau, ada gambar sekali. Setiap pupur ada kaedahnya tersendiri dan UFO yang bijak sangat ni akan berfungsi berdasarkan pupur apa yang dipilih. Jadi berpupurlah kamu dalam pesawat, kereta, di rumah, rumah saudara, pejabat dan juga kala bercuti (jangan buat hal di kedai Mamak)… Kulit boleh dirawat bila-bila masa sahaja.

Foreo UFO menggabungkan enam teknologi yang berbeza untuk pengalaman facial di rumah (atau di mana saja). Teknologi infusi hiper, T-Sonic™, cryotherapy dan rawatan terapi cahaya LED (biru, hijau dan merah) adalah komponen yang menjadikan UFO menakjubkan. Setiap rawatan menggabungkan gabungan suhu dan intensiti denyutan yang dipilih secara teliti, mengagihkan manfaat pupur dengan rata pada seluruh wajah, sementara membolehkan bahan-bahan aktif menembusi lebih mendalam untuk hasil yang lebih baik. Ia diprogramkan dengan setiap kepingan pupur diaktifkan UFO. Walaupun ia dicadangkan untuk aplikasi 90 minit, apabila selesai satu sesi kamu ada pilihan untuk ulang rawatan. Sebelum kamu ulang, picit keluar lebihan serum dalam peket ke atas pupur, baru kamu tekan untuk ulang 90 minit lagi. Jangan bazir! Dah selesai, buang kepingan pupur dan bersihkan device dengan air. Yes it is waterproof.

Ada beberapa pilihan pupur yang boleh kamu cuba. Mungkin mula dengan yang asas dahulu, Make My Day atau Call It A Night, RM47 untuk tujuh keping. Untuk a more targeted treatment, kamu ada Matte Maniac, Youth Junkie, Glow Addict dan khusus untuk mata, Shimmer Freak yang dijual pada harga RM85 untuk enam keping.

Untuk kamu yang seperti saya tak berapa kerap dapat ke facial, Foreo UFO sangat-sangat membantu dan sangat mudah untuk digunakan. Sekali charge ia bertahan sehingga 40 kali guna. Kulit nampak lebih segar, lebih berseri dan sangat lembut selepas setiap sesi. Memang harganya sedikit mahal, RM1,251 tapi jika kamu congak semula, itu dalam lima sesi facial sahaja (or less) di pusat kecantikan, sedangkan kamu ada enam hingga lapan sesi dengan Foreo UFO. Love!

Untuk maklumat lanjut, lihat pilihan yang ada serta habuan cuci mata, kamu boleh ke sephora.my .

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru