Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tenangkan Fikiran Di Coral Redang Island Resort

Tak dinafikan Malaysia juga memiliki laut biru yang menenangkan dan pasir putih bak mutiara. Tak percaya? Rancang percutian kamu ke Pulau Redang. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu mengambil masa kira-kira lima jam. Sebaik tiba di KT, kamu boleh terus ke jeti Shahbandar untuk naik feri. Pasti dah tak sabar nak lihat keindahan Pulau Redang, kan?

Coral Redang Island Resort adalah resort terbaik untuk kamu bermalas-malasan. Bukan itu saja, liputan telefon agak terhad dan tiada televisyen dalam bilik. Sesuai untuk kamu yang tak mahu diganggu buat sementara waktu.

Resort ini sesuai untuk majlis perkahwinan yang bertemakan beach wedding. Ia mempunyai 26 bilik Superior dan 5 bilik Keluarga yang menawarkan perasaan relaks, selesa dan aman damai. Continental adalah restoran yang menghidangkan masakan  Melayu tempatan dan jika kamu mahu candle light dinner, beritahu saja pihak pengurusan. Semuanya diatur dengan baik sekali.

Bila stranded in island, Cosmo ke Recreation Centre untuk lakukan aktiviti snorkeling. Memang berbaloi kerana dapat berenang dengan penyu, hidupan laut serta menyaksikan kecantikan batu karang. Jika ada lesen diving bolehlah kamu lihat keindahan hidupan laut. Tahukah kamu, pulau Redang berada di tangga kelima sebagai lokasi terbaik untuk menyelam? Tunggu apa lagi, cepat book resort ini!

5 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist