Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Teman Lelaki Kamu Takut Komitmen?

Kalian sudah lama bersama? Adakah si dia sanggup beri komitmen yang kamu harapkan? Ini masanya untuk ambil tahu!

Kamu dan si dia sedang asyik bergurau senda sambil berjalan bak pasangan kekasih, tapi kemudiannya, kamu rasa dia tidak beri layanan istimewa yang kamu harapkan. Memang sukar nak luahkan hal ini kepadanya, tapi kamu kena berterus terang kerana ada jejaka yang takut dengan komitmen. Bila tiba masa untuk define status perhubungan, jejaka akan tertanya-tanya adakah mereka boleh temui gadis yang lebih baik atau adakah dia sudah bersedia untuk lepaskan status ‘bujangnya’.  Kamu berhak tahu sama ada dia serius denganmu atau sekadar mahu isi masa terluang. Ini langkah yang perlu kamu ambil.

 

Pilih Waktu Tepat

Sebenarnya, tak ada masa yang spesifik untuk kamu mulakan perbincangan. Tapi kebiasannya, kamu perlu mula berbincang dengannya bila timbul rasa sangsi pertama dalam hati – contohnya kamu rasa yang kalian tak sehaluan atau kamu tak dapat lihat ke mana arah perhubungan tersebut.

 

Pilih Tempat Yang Betul

Cuba luahkannya ketika sedang lakukan aktiviti santai seperti berjalan di taman atau kala membeli-belah – soalan itu tidak akan terlalu diberi tumpuan bila kalian dikelilingi suasana sibuk, jadi ia akan mengurangkan intensity. Elakkan juga suasana formal seperti ketika makan di restoran kerana ia boleh hidupkan suasana janggal.

 

Pilih Ayat Sesuai

Kuncinya adalah memberi soalan terbuka yang membolehkan dia memberi pandangan. Katakan “Buat masa sekarang I keluar dengan you saja, so I nak tahu adakah you pun begitu,” atau “Sepupu I nak kahwin minggu depan, mesti saudara mara akan tanya hubungan kita… Apa perlu I jawab?” Jika dia kata sanggup beri komitment, baguslah! Tapi jika dia berdolak dalih dengan alasan “Uh, I pun tak tahu…”, then move on dan pakai baju paling cantik di majlis perkahwinan itu nanti untuk cari ‘pengganti’.

 

Foto: Nick Onken

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor