Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Teman Lelaki Cemburui Rakan Baikmu?

BFF kamu berlainan jantina? Pelajari cara untuk eratkan hubungan teman lelaki dan BFF kamu agar tiada sengketa antara mereka.

55030179 - three friends having fun at the beach

 

Suai Kenal

Setiap kali kamu nak lepak bersama teman baik, ajaklah si dia bersama. Cari topik perbualan yang boleh melibatkan kedua-duanya – si dia dan BFF kamu.

Minat Serupa

Kenal pasti perkara yang diminati mereka berdua. Silap hari bulan, si dia pula lebih akrab dengan teman baikmu. Kamu pula yang rasa terpinggir!

Jaga Hati

Jangan sesekali kamu terlalu mengagung-agungkan teman baik di hadapan si dia. Kecil pula hatinya nanti atau perasaan rendah diri akan melanda.

Masa Emas

Dalam acara tertentu, kamu mesti bijak memastikan siapa yang perlu ada di situ. Tak perlulah heret teman baikmu ke majlis kekeluargaan supaya si dia rasa lebih istimewa di sampingmu.

Sudut Pandangan

Ketika kamu sibuk memikirkan hadiah apa yang patut dibeli untuk teman baik, minta pendapat si dia. Begitu juga sebaliknya.

Berlaku Adil

Jika si dia mempunyai teman baik berlainan jantina, janganlah kamu pula menghalangnya. Seperti mana si dia harus memahami situasi kamu, begitu jugalah dengan dirinya.

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor