Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tell Your Stylist What You Want

Kerana kamu tak mahu pulang dengan rambut yang salah, beritahu stylist gaya apa yang kamu mahukan!

Ini sering berlaku terutamanya bila kamu lakukannya untuk sesuatu acara penting. Masuk salun dengan harapan yang berkobar-kobar nak bergaya baru, bila keluar rasa nak lari cepat-cepat menangis dalam kereta. Jom ikuti panduan Cosmo ini agar kamu tak kehilangan bila hairstylist keluar pelbagai perkataan yang kamu tak faham dan akhirnya angguk setuju tanpa ketahui apa-apa.

Kamu nak trim sedikit saja

Yang kamu betul-betul nak: Potong sedikit sahaja hujung rambut, nak ikutkan orang tak perasan pun kamu potong rambut.

Yang hairstylist faham: Bila kamu cakap ‘trim’, apa yang mereka faham ialah kamu nak gunting bahagian rambut yang bercabang dan kering dan panjang mana perlu digunting bergantung kepada panjang mana rosak dan bercabang itu. Bagi mereka dua sentimeter dikira trim dan bagi kamu itu dan seperti separuh rambutmu hilang!

Apa yang perlu kamu cakap: “Saya nak trim tapi tolong tunjuk dahulu banyak mana kamu rasa perlu digunting”. Dan bincang semua ini sebelum kamu cuci rambut kerana bila rambut basah, ia nampak lebih panjang. Beritahu juga jika kamu nak simpan rambut panjang, dan tak mahu rambut nampak terlalu pendek.

Kamu mahu potongan ranggi berlapis

Yang kamu betul-betul nak: Rambut yang kelihatan santai seperti rambut Kate Moss tapi tidaklah terlalu serabai sebab kamu masih perlu masuk kerja.

Yang hairstylist faham: Bila kamu nak potongan yang berlapis, ia perlu dipotong bertingkat terutamanya pada bahagian wajah.

Apa yang kamu perlu cakap: “Saya mahu gaya santai yang tak terlalu susah untuk didandan. Sesuatu yang saya boleh guna pengering rambut saja dah menjadi.”

Kamu mahu potongan yang ringkas, senang nak jaga

Yang kamu betul-betul nak: gaya yang low maintenance tanpa perlu guna banyak produk. Kamu malas keringkan rambut, apatah lagi berdandan. Apa-apapun kamu tak mahu potongan bob.

Apa yang hairstylist faham: Ringkas adalah potongan sama lurus atas atau bawah paras bahu.

Apa yang kamu perlu cakap: “Saya tak mahu potongan bob. Melepasi paras bahu lagi bagus kerana saya suka tocangkan rambut.”

Kamu mahu fringe

Yang kamu betul-betul nak: Potongan yang cool seperti rambut Alexa Chung.

Yang hairstylist faham: Fringe tebal dan lurus ala 60-an… yang juga cool.

Apa yang kamu perlu cakap: Fringe tebal atau nipis. Bagi contoh orang-orang terkenal yang mempunyai gaya rambut yang kamu mahu seperti nama-nama tadi. Tunjuk gambar lebih senang daripada cuba terangkan. Jangan tiba-tiba fringe kamu seperti Ugly Betty, boleh sorok ketupat sebiji dalam tu.

 

Foto: Pinterest

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru