Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Telefon Bimbit Beri Kesan Buruk Terhadap Kulit?

 

Nak pengsan rasa jika hidup tanpanya tetapi talian hayatmu kepada keluarga, kawan-kawan dan kerja ini sebenarnya boleh beri kesan buruk dan merosakkan kulitmu.

Tabiat harian 1: Mengecilkan mata untuk baca mesej pada skrin.

Bagaimana ia merosakkan kulit:

Dah jadi kebiasaan wanita berusia 20-an mula hadapi masalah garis kedutan pada sisi mata dan antara dua mata yang tak sepatutnya muncul sehingga kamu berusia 30-an atau 40-an.

Bantuan pantas:

Besarkan font (20 ke atas), dan naikkan kecerahan skrin. Jika Botox bukan dalam bajet dan prinsip kamu, cuba serum mata yang mampu beri kesan hampir serupa seperti yang mampu merangsang kolagen dan membantu kurangkan kedutan.

 

Tabiat harian 2: Kamu bersembang terlalu lama sampai telefon jadi panas.

Bagaimana ia merosakkan kulit:

Pendedahan kepada haba terlalu lama tak kiralah dari mana pun, boleh meningkatkan penghasilan melanin pada bahagian itu. Jika kamu tak berapa kisah sangat dengan bintik gelap dan ton kulit tak sekata, mungkin ini kamu kisah: Kajian menunjukkan ia boleh buat kamu tampak 10 tahun lebih tua.

Bantuan pantas:

Headset atau guna speakerphone adalah cara terbaik mengelaknya. Bintik-bintik gelap boleh kamu samarkan dengan krim CC yang ada faedah pencerahan dan Vitamin C.

 

Tabiat harian 3: Sebelum tidur, dalam gelap-gelap tu kamu mesti nak check juga Instagram, Twitter ataupun baca e-mel.

Bagaimana ia merosakkan kulit:

Cahaya dari telefon kamu itu menggangu keupayaan tubuh untuk menghasilkan melatonin, bahan kimia yang bertanggungjawab buat kamu mengantuk – berdasarkan nota kajian dari Harvard Medical School. Cahaya dari alatan elektronik begini, terutamanya bila dipegang tidak jauh dari mata, boleh menggangu kitaran tidur. Tak bagus untuk kecantikanmu.

Bantuan pantas:

Jika kamu susah sangat nak letak telefon tu dan tidur, malapkan sedikit cahaya telefon bimbitmu, atau  guna aplikasi invert colours (iPhone dan Samsung Galaxy pasti ada aplikasi ini) yang menukar skrin menjadi gelap dan huruf menjadi putih – kedua-duanya mengurangkan kecerahan dan jumlah cahaya biru yang memancar dari skrin telefon kamu tu.

 

Tabiat harian 4: Melekap telefon pada pipi (kantoi: skrin telefon berminyak atau ada kesan solekan!)

Bagaimana ia merosakkan kulit:

Trend touch-screen telah menyebabkan peningkatan jerawat pada zon telefon: Sisi dahi, pipi, dan dagu. Kotoran dan bakteria yang dah bersarang pada skrin telefon kamu dipindahkan kepada kulit bila kamu bercakap telefon, dan kemudian membawa kepada jangkitan.

Bantuan pantas:

Gunalah alat handsfree dan bersihkan telefon kamu setiap hari dengan tisu antibakteria. Jangan lupa juga bersihkan wajah dengan betul setiap hari. Cari pembersih yang bantu bersihkan kulit dari minyak dan kotoran tanpa mengeringkan kulit.

 

Tabiat harian 5: Sekejap-sekejap tunduk untuk update Instagram atau balas group chat dengan sepupu.

Bagaimana ia merosakkan kulit:

Ini dipanggil text neck – leher yang tak anjal, dan bahagian rahang yang menggeleber akibat kolagen dan elastin yang tak stabil. Serat-serat halus pada leher kamu hanya mampu melipat sejumlah kali sahaja. Kekerapan tunduk dan dongak akan melemahkan struktur sokongan itu.

Bantuan pantas:

Pegang telefon pada paras mata untuk mengurangkan lipatan leher, dan guna produk menganjalkan leher yang kaya peptida pada leher juga rahang dua kali sehari. Yang kaya dengan Matrixyl- aka Pal-KTTKS hampir menggandakan penghasilan kolagen, menurut kajian di dalam Molecular Pharmaceutics.

 

Foto: Shutterstock.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor