Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Teknik Solekan Tahan Lama

Teknik betul agar solekan kamu tahan lama – tak hilang atau cair biarpun cuaca panas seperti hari ini!

highlighting_and_contouring

  1. Adun sedikit bedak asas bebas minyak pada zon tengah wajah termasuk hidung, bahagian dalam pipi (sisi hidung) dan bawah mata.
  2. Gunakan span untuk adun bedak asas ke serata wajah agar litupannya tidaklah tebal sangat pada garis rambut dan rahang – bahagian wajah paling mudah berpeluh.
  3. Adunkan pembayang pipi jenis krim secara memutar pada atas tulang pipi, tunggu 10 saat sebelum kamu pedap lebihan warna tersebut dengan tisu.
  4. Tolak kening ke atas agar permukaan kelopak mata jadi licin, dan sapu pembayang mata krim dengan berus (jari-jemarimu hanya akan buatkan ia berminyak dan warna pembayang merekah).
  5. Tarik tegang kelopak mata dan garis mata secara zig zag (ia takkan berminyak dan buat celak tak comot). Layangkan maskara.

 

Foto: google.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert