Teknik Pernafasan Jepun Ini Boleh Bantu Kamu Hilang Sehingga 13kg Dengan Pantas!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Teknik Pernafasan Jepun Ini Boleh Bantu Kamu Hilang Sehingga 13kg Dengan Pantas!

Bonus: Menurut pakar, teknik ini juga mampu menguatkan otot badan dan meningkatkan metabolisme.

Foto: Shutterstock.com

Bukan semua orang suka atau mampu berdiet. Memang sukar nak berpisah dengan karbohidrat kesayangan kamu itu, kami faham. Sebab itulah Cosmo mahu perkenalkan diet terkenal di Jepun ini kepada kamu – long-breath diet!

Ketika pelakon Jepun, Miki Ryosuke menghidapi sakit belakang, doktor menyarankan beberapa senaman untuk membantunya tangani kesakitan yang dialami. Menariknya, dia dapati senaman tersebut membantunya hilang 13kg berat badan dan 12sm ukuran pinggang dalam hanya beberapa minggu.

Ryosuke menggelarnya ‘diet pernafasan panjang’. Ia teknik mudah yang melibatkan beberapa posisi, menarik nafas selama tiga saat, kemudian menghembus dengan kuat selama tujuh saat. Paling menarik, kamu perlu lakukannya hanya dua minit sehari!

Senaman ini berkesan kerana lemak mengandungi oksigen, karbon dan hidrogen. Apabila oksigen yang disedut masuk ke dalam sel lemak, ia memecahkannya kepada komponen berbeza (karbon dan air). Jadi, kita mampu membakar lebih lemak apabila badan menggunakan lebih oksigen.

Ini video tutorial untuk membantu kamu melakukan senaman ini, the right way:

 

Artikel asal: Sakshi Dhyani (cosmopolitan.in)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor