Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
teen choice awards 2016

Teen Choice Awards 2016: Pretty Little Liars Menang Besar

Anugerah Teen Choice Awards 2016 telah berlansung dengan meriahnya pada 31 Julai di California, Amerika Syarikat. Pemilihan pemenang dipilih berdasarkan 100% undian daripada penonton dan peminat berumur dari 13-19 tahun menerusi pelbagai saluran media sosial.

teen choice awards 2016

Diacarakan oleh pelakon dan bekas ahli gusti popular, John Cena dan Victoria Justice. Teen Choice Awards mengiktiraf pencapaian industry hiburan seperti muzik, filem, televisyen, sukan, fesyen, dan internet. Penyanyi Justin Bieber, drama bersiri popular – ‘Pretty Little Liars’, dan filem ‘Captain America: Civil War’ menerima pencalonan terbanyak mengikut kategori masing-masing.

Dalam pada itu hero filem ‘Captain America’ – Chris Evans menggondol kategori Pelakon Filem Fantasi/Sci Fi Pilihan dan kategori wanita dimenangi oleh Jennifer Lawrence untuk filem ‘The Hunger Games: Mockingjay’– Part 2. Mendiang penyanyi Christina Grimmie memenangi kategori ‘Choice Web Star: Music‘. Sementara itu Justin Timberlake menerima anugerah khas ‘Decade Award’ yang member ucapan yang sangat member inspirasi : “Memberi khidmat kepada masyarakat dan peminat adalah bayaran yang perlu saya tunaikan di muka bumi ini”.

Sesi persembahan menyaksikan Charlie Puth, Flo Rida, Neyo dan Jason Derulo menghangatkan pentas dengan lagu-lagu popular mereka. Berikut adalah antara senarai pemenang lain bagi beberapa kategori popular:

Choice Movie Action: Deadpool

Choice Movie Actor Drama: Leonardo Dicaprio (The Revenant)

Choice Movie Actor Drama: Jennifer Lawrence (Joy)

Choice Music Artist Male: Justin Bieber

Choice Music Artist Female: Selena Gomez

Choice Music Group: One Direction

Choice Music R&B: Beyonce

Choice Music Break-Up Song: Justin Bieber – Love Yourself

teen choice awards 2016

‘Choice Instagrammer’ –  Selena Gomez & ‘Choice Social Media King’ –  Cameron Dallas

teen choice awards 2016

‘Choice Snapchatter‘ – Kylie Jenner & ‘Choice Viner’ – Lele Pons

teen choice awards 2016

Kendall Jenner menang dua trofi untuk kategori ‘Choice Female Hottie’ dan ‘Choice Model’.

Drama bersiri popular ‘Pretty Little Liars’ menang enam trofi

Foto: Instagram.com. Oleh: @curlyjow

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness