Teavana, Rangkaian Minuman Baru Yang Sangat Menyegarkan! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Teavana, Rangkaian Minuman Baru Yang Sangat Menyegarkan!

Starbucks muncul dengan variasi pilihan minuman teh baharu untuk rangkaian Teavana.

Oleh kerana menerima sambutan yang hangat, Starbucks melancarkan lebih pilihan dalam minuman teh Teavana. Menu teh baharu dengan Cold Foam, yang menggabungkan Cold Foam dengan pilihan minuman Teavana ini pastinya akan menjadi kesukaan kamu pula selepas ini. Bermula 22 Januari ini, hidangan minuman baharu ini akan menggantikan barisan promosi Teavana yang sedia ada.

Istimewa untuk Valentines’s Day Februari ini, Starbucks Malaysia menampilkan koleksi merchandise Signature Heart yang bermain dengan rona pastel tema ungu, simbol hati dan anak panah.

Untuk menambah koleksi romantik ini, Starbucks turut membawa Cupid Arrow Starbucks Card dan Heart Shaped Starbucks Card yang mana hadir dalam pelbagai rona dan cetakan. Kedua-dua merchandise ini bakal berada di stor Starbucks bermula 1 Februari, sementara stok masih ada.

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse
Matcha Cold Foam Iced Americano

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness