Tangani Stress Berdasarkan Karakter - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
stress

Tangani Stress Berdasarkan Karakter

Ada banyak cara untuk hadapi tekanan, salah satunya adalah melalui karaktermu sendiri. Cuba saranan Cosmo ini untuk legakan stress yang dialami.

stress

Si Kreatif

Cuba fikirkan perkara seni yang mampu membuatkan kamu relaks. Kamu boleh cuba adult coloring book, menonton filem indie atau menulis blog.

 

Si Sosialit

Bagi kamu yang sukakan kehidupan hype, rancang sesi minum petang dengan teman-teman lama dan saling bertukar cerita. Bergaul dengan mereka yang rapat denganmu boleh melegakan rasa tertekan dan efeknya juga berpanjangan lebih-lebih lagi jika kamu luahkan apa yang sedang dialami.

 

Si Pengembara

Kamu jenis yang mudah berasa bosan, jadi sebaiknya lakukan aktiviti yang boleh memacu adrenalin setiap waktu. Daftarkan diri di gim atau sertai larian maraton 10km, kamu pasti boleh lakukannya! Jika tak mahu lakukan sesuatu yang pantas, rancang sesi mendaki bersama teman-teman atau percutian bersama yang tersayang. Pasti lebih lega…

 

Si Bijak

Cuba lakukan sesuatu yang boleh membuatkan minda kamu terus bekerja tapi bukan di bawah pengaruh tekanan, seperti permainan Monument Valley yang boleh kamu muat turun di telefon pintar. Tak pun, layan sudoku!

 

Si Pemalu

Kamu tak suka dikelilingi ramai orang? Tak ada masalah, kamu boleh bermain dengan binatang peliharaan di rumah atau cuba projek DIY. Jangan risau ketandusan idea, cari saja tip dan panduan yang kami kongsikan di laman web ini ya. Aktiviti santai begini boleh melegakan minda dan membuatkan fikiran dan perasaan menjadi lebih tenang.

Selamat mencuba!

 

Foto: 123rf.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor