Tampilkan, Cipta serta Ceritakan Kisahmu dengan Gincu! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tampilkan, Cipta serta Ceritakan Kisahmu dengan Gincu!

Calitan pintar ini bukan sahaja boleh dikemaskan pada bibir, kamu juga bebas menggunakannya di bahagian lain wajah!

 

 

Masih keliru tentang calitan gincu yang boleh dioles selain daripada bibir? Jangan risau kami akan jelaskan pada kamu dengan lebih terperinci! Chanel kali ini menampilkan satu gincu baharu yang lebih versatil daripada gincu biasa yang ada di dalam tas tangan kamu, di mana kini kamu bebas menggunakannya di bahagian lain wajah and be creative with it!

 

Inilah masanya untuk memberi ekpresi pada dirimu dan #writeyourownrules dalam langkah bersolek. Chanel Rouge Coco Lip Blush tampil dengan tekstur gel lembut yang bakal meliputi bibir juga kulit wajah terutama bahagian tulang pipi dengan lebih natural, sihat dan berseri, ia juga memberi hasil warna yang kemas, lembut dan semula jadi.

 

Untuk meluaskan lagi idea dalam aplikasi Chanel Rouge Coco Lip Blush, Little Miss Khan berkongsi cara dia menggunakannya!

 

Sudah menjadi signature rangkaian ROUGE COCO di mana ia hadir dengan Hydraboost Complex agar olesannya pada wajah tampil ringan dan selesa. Chanel mahu menambah keistimewaan pada olesan multi fungsi ini dengan intipati minyak sayuran jojoba, mimosa, dan bunga matahari untuk membekalkan kelembapan juga menyalurkan khasiat yang diperlukan pada wajah anda.

 

Chanel Rouge Coco Lip Blush juga turut hadir dengan derivative emollient coconut yang melembutkan bibir dan merangsang peptide agar bibir tampil lebih mungil dengan kemasan pusam!

 

*Rouge Coco Lip Blush tampil dengan enam pilihan warna yang sesuai dioles buat apa sahaja acara, antaranya ; 418 Rouge Captivant, 420 Burning Berry, 416 Teasing Pink, 414 Tender Rose, 412 Orange Explosif dan 410 Corail Naturel

 

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru