Tampil Lebih Cantik, Berseri Dan Wangi Bulan Ini...
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Tampil Lebih Cantik, Berseri Dan Wangi Bulan Ini...

Tampil Lebih Cantik, Berseri Dan Wangi Bulan Ini…

Warna lebih terang, kulit lebih segar, aroma lebih ringan… Inikah yang kamu cari-cari?

Chanel Rouge Allure Liquid Powder rona Electric Blossom dan Bittersweet, RM133 (setiap satu) dengan pigmen powder dengan olesan bak krim melembapkan bibir dengan warna menawan musim ini!

Duck Cosmetics Piece of Cake Two Way Cake, RM70 seperti namanya, segera membangkitkan semula wajah yang lesu, kusam, berminyak dengan litupan tipis atau tebak, kering atau dibasahkan spannya.

Fenty Beauty Mattemoiselle Plush Matte Lipstick, RM85 ada 10 warna baru dan yang dua ini, Ballerina Blackout & Dragon Mami are definitely our fav!

Laneige Cheek Glow Cushion Blusher, RM105 is soooo easy to apply! Dan bila dipedap, ia beri kesan kemekaran yang lembut, tidak overdone.

Kamu tahu tak pada waktu pagi kamu tak perlukan pembersih yang kuat dan ada kalanya air saja memadai? But if you must, Kora Organics Gentle Cleanser, RM120 adalah pilihan yang baik.

Tak dapat disangkal that feel-good allover selepas kamu gunakan produk organik. Melvita Nectar Pur Mask and Scrub – Mud Effect, RM135 buat kamu feel clean juga.

Berat kaki melangkah? Ada kalanya ia bukan bebanan perasaan tetapi water retention! Sisley White Ginger Contouring Oil for Legs, RM613 dengan minyak halia putih membantu meringankan semula your stride.

Jangan kongsi pupur wajah dengan mata. Khusus mata menawan di pagi hari, Laneige Eye Sleeping Mask, RM136 takkan buat matamu sembap macam bantal!

AmouageOpus XI Library Collection 100ml, RM1,240 adalah antara wangian jenama mewah ini yang lebih umum kerana ia lebih segar dengan oud, marjoram dan woody base dan juga boleh dikongsi oleh lelaki dan wanita.

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru