Tampil Hot Sekelip Mata - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tampil Hot Sekelip Mata

Rasa tak yakin dengan penampilanmu hari ini? Cuba tip mudah ini untuk tampil lebih seksi dan konfiden!

39661481_l

 

1) Sarungkan high heels sepanjang hari.

Ya, Cosmo faham flats memang selesa. Tapi untuk tampilkan aura seksi segera, tak ada yang lebih baik dari kasut tumit tinggi. Selain buat kamu konfiden, ia akan betulkan postur tubuhmu dan buat kamu kelihatan lebih langsing secara automatik. Goodbye boring ballet pumps!

 

2) Cuba jalan pintas untuk cipta dandanan seksi.

Tak ada masa nak cuci rambut? Dapatkan dandanan santai sekelip mata dengan syampu kering. Taburkan sedikit di kulit kepala untuk tambah volume dan serap minyak, kemudian letakkan sedikit textured balm dan ‘renyuk-renyukkan’ rambut kamu dari atas ke bawah dengan de-frizzing spray gel.

 

3) Buang granny panties ke dalam tong sampah.

Tak ada apa yang mampu membunuh aura keseksianmu melainkan pakaian dalam lama yang dah ala-ala ‘roti kirai’. Sarungkan set underwear sedondon yang paling cantik, walaupun tak ada siapa pun yang nak tengok. Kamu akan rasa ekstra istimewa dan Cosmo yakin si dia pasti akan perasan sinar seksi baru yang terpancar di matamu. Cuba tau!

 

Foto: 123rf.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert