Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tampil Cantik Walau Sedang Bercuti

 

Pastikan rambut, kulit, solekan malah seluruh tubuhmu siap dilaram tak kira ke mana kamu mengembara bulan ini.

Foto: Shutterstock.com

Kulitmu

Bila berjalan jauh, kulit mudah naik jerawat. Apa sahajalah daripada perubahan cuaca, diet, udara, semuanya boleh memberi kesan kepada kulit. Jadi mulakan rutin penjagaan kulit sebelum kamu bercuti dan pastikan kamu bawa produk yang sama ketika bercuti.

Bulu Mata & Kening

Kamu tahu apa yang mampu naikkan seri wajahmu biar tak bergincu, tanpa blusher dan tiada pembayang mata? Sepasang kening yang kemas, penuh dan cantik terbentuk. Mahu lebih, tambah maskara selayang dua (Cosmo suka yang kalis air, kalis peluh, dan mampu bertahan lama). Percayalah, lengkap dua perkara ini, wajah akan nampak okey walaupun dalam gambar, tanpa filter! Bila dah sampai ke destinasi, tambahlah apa yang patut.

Rambutmu

Kamu bercadang nak relaks dan bawa diri pergi camping dan ini bermakna kamu mungkin tak dapat cuci rambut beberapa hari. Jangan risau, kerana pengeringan rambut yang mantap dapat membantu rambutmu nampak cantik sekurang-kurangnya tiga hari. Jadi sebelum pacak khemah, pergi salun dulu.

Bulu?

Mujurlah kamu bijak bertindak selesaikan dahulu apa-apa yang mungkin mengganggu pandangan bila kamu nak berpakaian renang atau tak berlengan contohnya. Tidaklah kamu terkial-kial baru nak bercukur sedangkan teman-teman dah sedia nak terjun ke dalam air.

Gel Mani & Pedi

Baru saja pergi buat manicure, tak sampai Pulau Langkawi lagi dan calar-balar. Tambah pula dengan pasir, air laut dan macam-macam yang kamu buat ketika bercuti boleh pudarkan warnanya lagi. Jadi daripada kamu dapatkan manicure biasa, pilih gel untuk jari tangan dan kaki sebelum bercuti. Yang itu tahan lasak dan bertahan lama berbanding yang biasa.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor