Tampil Berbeza Setiap Hari Dengan Pelbagai Gaya Celak Mata - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tampil Berbeza Setiap Hari Dengan Pelbagai Gaya Celak Mata

Dari garis tipis ke gaya paling berani, kamu mampu cipta gaya celak pelbagai seperti Uqasha Senrose dengan KATE Super Sharp Liner EX.

Solekan bagaikan permainan tanpa peraturan dan ia juga medium terbaik untuk kamu tampilkan sisi kamu tanpa batasan. Siapa kata celak harian tak boleh lebih berani, lebih kreatif? KATE Super Sharp Liner EX boleh membantu kamu tampilkan aura berbeza setiap hari. Celak hitam pekat yang membolehkan kamu melukis garis paling halus dan tajam ke apa jua gaya grafik yang kamu ingini. Dakwat yang cepat kering memastikan garis tidak mudah comot dengan air ataupun peluh. Lihat saja gaya Uqasha Senrose yang berubah-ubah dengan setiap idea berbeza. Hanya dengan satu celak mata, kamu bebas mencipta gaya!

Daring

Memakai celak seperti rutin tetapi dengan KATE Super Sharp Liner, kamu boleh cuba gaya lebih berani. Panjangkan sedikit garis atas mata dan sambung garis mengikut bentuk separuh daripada soket matamu. Ia lebih daripada garis kebiasaanmu tetapi masih boleh ‘dibawa’ ke majlis semi-formal.

Experiment

Mengapa hanya menggaris bila kamu boleh melukis? Mata celak yang tajam dan juga mudah dikawal membolehkan kamu ‘berkarya’ pada kelopak mata! Bila ada acara yang fun, Uqasha juga mahu tampilkan dirinya yang edgy dan menyeronokkan dengan lakaran grafik ini.

Exaggerate

Bila wajahmu polos dengan bibir nude, it’s OK untuk have a bit more fun dengan solekan mata. Tebalkan sedikit garis atas mata dan lukis garis bawah mata dengan efek bulu mata ala watak komik. Kerana mata berus Super Sharp Liner sangat halus, mudah untuk kamu lukis bentuk tajam dan kecil tanpa comot.

 

Foto: Edmund Lee

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru