Tak Perlu Duduk Di Pejabat, Cara Ini Boleh Bantu Kamu Cambah Kreativiti - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Tak Perlu Duduk Di Pejabat, Cara Ini Boleh Bantu Kamu Cambah Kreativiti

Tak Perlu Duduk Di Pejabat, Cara Ini Boleh Bantu Kamu Cambah Kreativiti

Cara terbaik untuk cipta inovasi dan kreativiti terhadap pekerjaan kamu adalah dengan menjauhkan diri daripada pejabat dan suasananya.

Tak Perlu Duduk Di Pejabat, Cara Ini Boleh Bantu Kamu Cambah Kreativiti

Foto: Shutterstock.com

 

Untuk berjaya, kamu perlukan inovasi dan ia buntukan pemikiran kreatif. Idea adalah roda kemajuan dan tanpanya ia umpama ‘pemerintahan stagnasi’. Tidak pernah ada mana-mana zaman dalam sejarah dunia di mana idea amat diperlukan dan sangat berharga seperti zaman sekarang. Kita hidup dalam era yang penuh dengan informasi di mana kadang-kala kita umpama ‘lemas’ dengannya. Satu era yang mendesak aliran idea baru untuk sentiasa berterusan.

Dengar seperti sesuatu yang bagus. Tapi ada kalanya ‘mentol idea’ tersebut tidak menyala. akan tetapi, peluang untuk menjana lebih banyak idea masih ada dan beberapa latihan untuk menjana idea juga sering kali membawa kamu keluar daripada pejabat dan zon pekerjaan kamu.

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

1) BEKERJA DI KAFE

Menurut satu kajian daripada University of British Columbia terhadap tiga persekitaran untuk mengukur impak bunyi bising kepada kreativiti, peserta yang bekerja dalam persekitaran sunyi mencatat kadar 50 desibel, persekitaran bising pula 85 desibel dan persekitaran medium-noise mencatat kadar 70 desibel. Persekitaran medium noise (lebih kurang tahap bunyi di kafe) ternyata merupakan suasana paling ideal untuk menjana idea dan lakukan kerja kreatif.

Bunyi latar belakang sederhana wujudkan gangguan yang cukup untuk buat orang berfikir dengan menggunakan lebih imaginasi dan bukan terlalu kuat sehingga hilang fokus. Daripada duduk berseorangan di dalam bilik yang sunyi dan cuba memikirkan penyelesaian, keluar dari zon selesa dan pergi ke tempat yang pesekitarannya sedikit bising boleh membuatkan minda kamu berfikir secara abstrak. Sekali gus menjana idea kreatif.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor