Tak Lengkap 2019 Kamu Jika Tidak Ke 5 Lokasi Ini
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Tak Lengkap 2019 Kamu Jika Tidak Ke 5 Lokasi Ini

Tak Lengkap 2019 Kamu Jika Tidak Ke 5 Lokasi Ini

4 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Maia Spa Wellness, Fushion Resort Phu Quoc, Vietnam

Di sini mereka menyajikan spa sepanjang hari buat kamu si pencinta spa! Menariknya, tiada sebarang kos tambahan yang kamu perlu keluarkan kerana segala cas sudah termasuk dalam harga penginapan di resort.

Spa ini menyediakan rawatan istimewa iaitu Island Body Care dilengkapi dengan Natural Living Pepper yang menggunakan teknik Swedish dan mencipta minyak lada hitam sendiri. Selain itu, kamu juga boleh dapatkan rawatan Thai Fushion Yoga di Island Body Care, tidak menggunakan sebarang minyak dan hanya fokus kepada urutan sendi badan yang mengalami masalah. Tradition of Vietnam dan Footprint In The Sand antara recommended treatment buat kamu! Tradition of Vietnam adalah urutan yang bagus untuk mengesan kawasan yang mengalami kesakitan. Untuk Footprint In The Sand, dapat meransang refleksologi untuk menstabilkan sistem peredaran darah dalam tubuh serta menyihatkan organ dalaman.

Rawatan River Skin Rituals menyediakan enam rawatan buat kamu yang sangat menjaga kecantikan wajah dan tubuh badan kamu. River Skin Ritual menyediakan perkhidmatan Natural Aroma Theraphy Facial, Tropical Coco Wrap, Cooling Fresh Garden Aloe Vera Wrap dan Orange Aroma Scrub buat kamu yang ingin merawat dan menyegarkan wajah untuk kelihatan semakin berseri. Bukan muka sahaja, badan kamu juga memerlukan belaian istimewa untuk lebih halus dan mulus bak sutera! River Skin Ritual menyediakan Freshly Ground Body Scrub dan Coco Scrub.

Buat preggy mommy jangan lepaskan kamu untuk merasai pengalaman Peaceful Pregnancy Massage dan Pregnancy Foot Massage di Maia Mom-to-be. Maia Spa Wellness juga menyediakan perkhidmatan merias kuku tangan dan kaki di Happy Nails.

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor