Tahun Baru, Teman Baru? - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tahun Baru, Teman Baru?

Tahun baru, azam baru dan perubahan baru buat diri kamu. Tapi bagaimana jika teman kamu menghalang transformasi serba baru ini? Adakah kamu perlu ucapkan selamat tinggal?

Foto: Shutterstock.com

Cosmo faham bukannya mudah untuk kamu tinggalkan teman yang selama ini membesar, susah dan senang bersama kamu. Tapi jika kamu dambakan perubahan dan mereka mungkin salah satu punca yang membantutkan keinginanmu, mungkin kamu perlu pertimbangkan semula persahabatan itu. Jika mahukan kehidupan yang lebih positif, kamu perlu singkirkan dan keluar daripada kelompok negatif. Jadi apa yang kamu perlu lakukan?

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

1) THROWBACK THURSDAY!

Tak! Bukan #throwbackthursday seperti dalam Instagram, tapi imbas kembali kualiti teman-temanmu. Ambil kira memori persahabatan dari setiap sudut – gembira, sedih, adakah dia menyokong impianmu, dengar dengan teliti apa yang kamu mahukan dan paling penting, adakah dia hormat dengan setiap perubahan yang kamu lakukan terhadap diri serta kehidupanmu. Seorang teman berkualiti bukan sekadar tempat untuk bergembira bersama atau mengadu masalah, tapi lebih daripada itu. Jika dia menghormati setiap transformasi kamu tanpa mempersoalkannya ataupun bercakap mengenainya di belakang kamu (“Dia dah berubah. Dah bukan dirinya yang dulu. Mentang-mentang dah dapat kerja bagus, mulalah lupa diri.”), jadi teman seperti ini sepatutnya kamu simpan dan pegang erat. Tapi jika dia tidak faham (dan tidak mahu faham!) malah mengkritik kamu, tahun baru ini merupakan masa yang tepat untuk kamu walk away, flip your hair (or hijab) and say goodbye! Jangan buang masa dan kejar impian kamu sekarang.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert