Tahun Baru, Mood Baru Di Tempat Kerja - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Tahun Baru, Mood Baru Di Tempat Kerja

Tahun Baru, Mood Baru Di Tempat Kerja

Tertekan dengan tugasan di pejabat yang membebankan dan seakan tak pernah habis tahun lalu? Psst, tak perlu stres! Tahun ini, cuba jadi lebih ceria walaupun berdepan saat sukar di tempat kerja. Semak tip Cosmo ini.

Tahun Baru, Mood Baru Di Tempat Kerja

Foto: Shutterstock.com

1. Ubah Pemikiran

Hadapi awal minggu dengan kata-kata semangat, “I’m excited!”. Manalah tahu ada kejutan yang menantimu di tempat kerja. Menurut kajian di Duke University, Amerika Syarikat, membangkitkan semangat dalam diri akan memudahkan urusan yang ingin kamu selesaikan sebanyak tiga kali ganda!

2. Atur Jadual

Sudah ada to-do list tapi tak tahu mana satu yang perlu diselesaikan terlebih dahulu? Lakukan ‘4D’ ini! Delete (lakukan tugasan yang memakan masa singkat), delay (tangguhkan tugasan yang kurang penting), diminish (gunakan trik baru untuk selesaikannya), dan delegate (minta bantuan rakan sekerja lain). Dijamin stres kamu akan hilang buat seketika.

3. Ambik Masa Untuk Relaks

Ya, sesibuk mana pun kamu, pastikan kamu luangkan masa untuk diri sendiri. Satu kajian mendapati mereka yang selalu berhibur mempunyai minda yang lebih kreatif untuk menyelesaikan masalah. Apa lagi? Rancang aktiviti menyeronokkan bersama teman untuk hujung minggu ini!

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor